in

Haunted Staffroom

Assalamualaikum, saya Anna dan sedang bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Sabah. Banyak kisah seram yang berlaku di sekolah tempat saya bertugas. Macam biasalah mana-mana asrama akan mempunyai kisah seram yang agak sama. Saya mulakan dengan bilik guru sekolah, ramai guru yang pernah mengalami peristiwa seram sekiranya bersendirian di dalam bilik guru walaupun pada ketika itu suasana terang benderang dek lampu kalimantang. Antara peristiwa yang berlaku termasuklah melihat kelibat wanita berambut panjang berbaju putih yang duduk di meja paling belakang di lorong menuju bilik-bilik Ketua Bidang, ada juga peristiwa mendengar suara seakan-akan sama dengan rakan setugas, tetapi apabila hendak ke meja rakan tersebut, dia tiada di meja tersebut sebenarnya. Jadi dengan siapa dia berbicara? Sering juga berlaku seakan-akan ada gotong royong mengemas bilik di tingkat atas walhal pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang berada di bilik tingkat atas. Kisah yang berlaku baru-baru ini, ada seorang guru baru yang mengajar kelas tambahan pada waktu petang dan disebabkan ramai guru yang akan balik pada tengah hari, maka dia meminta adiknya datang sekali untuk menemaninya. Kisah seram ini dialami oleh adiknya yang mana pada ketika itu dia bersendirian di dalam bilik guru manakala kakaknya sedang mengajar di kelas. Seperti kebiasaan budak-budak remaja zaman sekarang, bila ada masa lapang pasti akan bermain dengan filters yang terdapat pada aplikasi Instagram mahupun dalam aplikasi telefon. Ketika sedang sibuk merakam gambar-gambar sendiri, dengan tiba-tiba filter yang sedang digunakan bergerak ke tempat lain dan bukannya pada wajah adik guru tersebut. Daripada sebelah kemudian perlahan-lahan naik ke atas dan berhenti. Ketika berhenti itu lah, dia sempat merakamnya dan setelah gambar itu diamati semula, seolah-olah ada muka makhluk tersebut tengah tersenyum.

😱
😱
😱

Perkongsian Daripada Anna.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sall College @ Sekolah Lama

Pengalaman Benar Ternampak Hantu Pontianak Di Rumah Kg. Keningau