in

Hantu ?

Hai. Aku Lia. Aku nak kongsi satu-satunya pengalaman berdepan di mana aku nampak dengan jelasnya, hantu.

Cerita ni berlaku dalam 12 tahun lepas. Aku kat matriks time tu. Akak sedara aku nak kawen, bertempat di Felda Chini. Mak dan adik beradik aku semua dah balik Chini awal-awal pagi lagi. Aku pulak tumpang abang aku ngan gf dia, kitorang gerak dari KL malam sebab tunggu diorg setel keje.

Around pukul 2-3 pagi, kitorang sampai Felda Chini. Disebabkan time tu dah gelap, ditambah pulak abang aku rabun malam, kitorang dok tercari-cari rumah sedara aku ni. Tengah2 felda, banyak pokok kelapa sawit, rumah kampung jarang-jarang, lampu jalan takde. Gelap giler. Abang aku drive, gf dia kat sebelah (ex dah), aku pulak sengsorang kat seat belakang.

Dalam kitorang mencari jalan dalam gelap, tetiba gf abang aku tegur, ” eh, ape mende tu?”

Aku tengok kat depan. Dalam samar-samar lampu kereta tu, aku ingatkan lembu. Tapi bila kitorang makin mendekati objek tersebut, rupa-rupanya ada sorang lelaki menunggang motor. So aku pun cakap, ” Alaa, orang bawak motor.”

Camna aku cakap lembu memula? Sebab dia bawak slow gile. So kitorang memang akan drive melepasi dia. Aku tak ingat lampu motor tu menyala ke tak, tapi yang pastinya makin kitorang dekat, lampu kereta makin menyuluh dengan terang, dan penglihatan kami makin jelas.

Makin jelas nampak motornya, kakinya, badannya, tangannya.

Setelah menyedari apa yang aku nampak, aku decide untuk pandang terus jalan2 di hadapan dan mengabaikan kewujudan makhluk tersebut. Tapi gf abang aku tidak berfikir demikian. Sebagai anak KL yang dibesarkan di KL, beliau berpendapat perkara ini sesuatu yang kau tak selalu dapat tengok.

So minah tu gi tengok je. Sampai la kitorang drive melepasi motor tu, and makhluk tu bebetul kat sebelah kiri dia, minah tu still toleh dan tengok.

Time tu aku peluk seat abang aku and tak toleh belakang dah. Mana tau tetiba ade mende mengikut kalo aku dok toleh2.

Disebabkan kaku, pucat, dan seram sejuk, aku rasa badan aku macam membeku, nak baca apepe pun xleh. Tapi gf abang aku lagi longlai aku tengok. tersandar kat seat dia dengan muka pucat tak berkelip mata. Rupanya, dia masih terkejut nampak Pakcik Motor tadi, tak ada kepala. Cuma ada helmet, dan dalam helmet tu kosong tak ada kepala.

Abang aku? Masih mencari jalan dengan kerabunan malamnya.

Lepas 5 minit baru la aku dapat baca surah2 yang aku ingat, pastu abang aku memecahkan keheningan, suruh gf dia call cousin kitorang sebab kitorang sah dah sesat.

Kitorang parking tepi jalan jap, and aku dok borak2 ngan abang aku nak kurangkan perasaan takut, masih lagi memeluk seat depan. Tak pernah dah aku toleh belakang time tu. Lepas beberapa minit tunggu, datang lah kereta cousin2 aku. Diorg call, suruh follow kereta diorg.

Time ni abang aku on speaker sebab takleh nak pegang phone. So satu kereta dengar la perbualan diorg. Tetiba abang aku dengan bodohnya tanya cousin aku, “Jie, apa atas bumbung kete ko tu?”

Dan cousin aku dengan bangangnya jawab through speaker phone, “tu pontianak, ko tak kacau dia, dia tak kacau ko.”

Diorang gelak2 dengan lawak hambar pukul 3 pagi depan 2 org perempuan yang baru lepas nampak hantu. Kitorang pun gelak sekali, sambil hatiku memaki hawau hawau hawau korang semua.

Sampai je rumah sedara aku, belum sempat abang aku parking, aku dah bukak pintu kereta berlari ke arah orang2 yang tengah masak lauk kenduri kat tepi rumah. Rumah kampung, diorang masih gotong-royong masak untuk kenduri, so even though pukul 3 pagi, rumah terang benderang dan gilang gemilang.

Dah rasa selamat dikelilingi orang ramai, aku tanya gf abang aku,

Dia pandang aku sambil menggeleng lemah, “takde…”

Kitorang demam sehari dua jugak sepanjang kat Chini tu. Esoknya heboh satu kenduri kitorang jumpa hantu takde kepala.

Abang aku sampai sekarang tak puas hati sebab dia tak perasan. Tengah sibuk cari jalan kan time tu. And sampai sekarang gak dia dok cakap, “pakcik tu pakai topi kaledar hitam la, macam mana korang nak nampak.”

ngeh.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tiyanak

Hubungi Makhluk Halus