in

Hantu Bangkit

Kisah bermula disebuah kampung. Keadaan kampung tersebut dipercayai amatlah 
membinggungkan para penduduknya kerana masalah pencahayaan.
Maksudnya kampung tersebut sentiasa gelap gelita kerana pancaran matahari 
dilindungi oleh sebuah pokok yg sangat besar.

Akibat daripada masalah itu penduduk kampung berpakat hendak menebang pokok 
tersebut kerana tidak tahan dengan suasana kelam dan gelap yang menghantui 
penduduk saban tahun. Setelah beberapa kali cuba ditebang ternyata pokok 
tersebut tidak lut oleh dek parang dan apa saja jenis pemotong kayu.

Untuk kali yg ke7 percubaan untuk menebang pokok tersebut. Pokok tersebut 
telah bersuara.”Kalau nak aku tumbang dan mati menyembah bumi, korang
semua yang telah menebang aku ni akan aku sumpah bangkit 7 keturunan!!”
Tanpa banyak soal beberapa orang pemuda yang berhajat ingin menebang pokok 
tersebut telah menebang pokok tersebut.

Di sinilah sumpahannya telah bermula. Keturunan pemuda tersebut akan 
bangkit semula apabila telah meninggal dunia.

Kes hantu bangkit adalah salah satu mitos yang paling ditakuti oleh penduduk
sarawak amnya penduduk di bandaraya kuching. Zaman kegemilangan hantu 
bangkit adalah sekitar tahun 60-an hingga 80-an.

Berdasarkan cerita yang diceritakan oleh orang-orang tua, ternyata ia bukannya hanya sekadar mitos ataupun khabar angin semata-mata. Kisah ini benar-benar wujud! Hantu bangkit ataupun orang kayong dalam bahasa sarawak sering menjadi 
bualan hangat masyarakat kampung.

Orang yang dipercayai bangkit@kayong selalunya akan pulang semula ke rumah
mereka pada sebelah malam setelah dikebumikan pada siang hari. Kononnya 
mereka yang mati itu ingin melawati kaum keluarga dan sahabat handai.
Hantu tersebut akan berlagak seperti biasa yakni seperti dia masih hidup 
lagi. Contohnya mintak dihidangkan makanan dan akan tidur sebantal dengan
laki/isteri si mati. Selalunya pada keesokkan harinya rumah seseorang yang telah
didatangi oleh hantu bangkit pada malam sebelumnya akan dipenuhi oleh kesan 
tanah kubur.

Perkongsian Daripada Daus.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jembalang Tanah

Hospital Berhantu 1