in

Hampir Hilang

Saya ada 1 kisah pelik dan seram. Cerita dia macam ni, pada tahun 2012 dulu saya dan kawan-kawan saya ni suka buat aktiviti yang agak mengarut, biasa masa tu zaman belajar diploma, lepak sampai pagi buta, kalau balik awal nanti kena tak seronok pulak. So ada 1 malam tu kawan-kawan saya ni ajak cari hantu, zaman tu memang famous cari hantu, memang banyak gila group paranormal. Kitorang dah macam-macam tempat pergi, masuk mimaland, rumah doktor gila kat ulu kelang, mona fendi shah alam, rumah banglo dan batu 12 gombak. Haha. Sepanjang saya pergi, tak pernah rasa kene kacau or pernampakkan tapi ada 1 tempat tu saya pergi, tempat tu famous lah, condo highland tower. Nak dijadikan cerita, masa naik highland tower tu, naik dengan kawan-kawan ada 2 group, so 1 group 5 orang. Masa naik tu, satu-persatu tingkat rasa okay je mengambil masa tak lama. Sampai lah ke tingkat 13 atau 14, boleh tengok view KL. So masa dekat atas tu ada kawan lagi 1 group nak naik tapi tak tahu jalan, so taknak kena lah jemput diorang untuk bawak naik sekali. Masa nak turun, ajak kawan ni 2 orang turun untuk teman. Kalau turun sorang memang kena lah dengan benda tu. So turun bertiga, masa turun 1 tingkat ke 1 tingkat memang rasa lama sangat ! Dah lah masa turun mengharap lampu phone nokia torchlight kawan je, masa saya duduk line belakang sekali. Turun-turun tak sampai, hati mula tak sedap ni. Nak tegur kawan depan cakap asal tak sampai lagi, mulut tu macam berat nak cakap. Memang tak boleh nak cakap lah. Rasa macam 30 minit pusing tingkat yang sama. Masa naik okay je tak sampai 15 minit. Entah macam mana, akhir jugak ke bawah. Sampai-sampai dekat parking jumpa group nak naik tu baru boleh bersuara. Masa tu masing-masing baru boleh bercerita, tanya kawan yang depan sekali tu, nama dia wan,”Wan asal turun tadi tu macam lama sangat doh?” Wan cakap “Masa turun kita kene ganggu, kau tak perasan ke ada lembaga hitam dekat pintu tangga. Masa aku nampak tu, aku berdoa supaya tuhan lindungi kita semua.” Saya masa tu macam betul ke kawan aku ni, ke dia ni dah takut. So ada group nak naik tu terus jadi tak naik sebab kitorang taknak naik. Sebab dah takut. Hahaha. Nasib baik benda tu bagi lepas, kalau tak hilang. Habis paranormal tu balik rumah terus. Masa balik tu, tiba tiba nenek saya yang bukak pintu rumah. Nenek saya ni dia tinggal rumah saya keluarga saya sekali, tapi malam tu pelik sebab nenek tak pernah bukak pintu rumah malam-malam kalau saya balik, sebab saya balik saya bukak sendiri. So malam nenek bukakan pintu, masa nenek saya bukakan pintu, nenek tanya “Kau dari mana ?kenapa balik lambat ? Siapa hantar kau balik ?” Dengan muka bengisnya dan suara macam marah dekat saya. Tapi memang pelik nenek saya malam tu. Saya dengan letih macam malas nak layan, jawab macam biasa. Sebab dah letih, tahu nak tidur je. Basuh kaki muka terus tidur. Esok pagi tu bangun, tengok nenek ada buat sarapan, sambil makan sarapan tanya nenek, “Nek, terima kasih semalam bukakan pintu, nek asal tidur lambat semalam?” Nenek jawab, “Tunggu kau balik, dah lah kau balik semalam entah siapa2 kau bawak”. Dalam hati saya dah macam lain. Tanya nenek lagi, “Nenek siapa saya bawak balik semalam? Mad balik sorang je.” Jawab nenek, “Kau bawak orang entah siapa-siapa, nasib baik dia tak kacau orang dalam rumah ni.” Saya jawab lagi, “Orang tu macam mana rupa dia?” Nenek jawab, “Orang tu berbulu, tinggi besar dan hidung panjang. Tapi nenek dah halau dia balik.” Saya macam serious ah nenek ni. Macam tak percaya tapi tu lah pengalaman yang saya pernah kena masa muda zaman college dulu. Kena kacau pernah tapi nampak tu belum lagi. Hahaha!

Perkongsian daripada Usamashikoh.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cahaya Akan Datang (Part 1)

Arwah Pulang Kampung