in

Ghost Scream Cinema

Samy berumur lebih 50 tahun.Pesara kerajaan buruh majlis daerah.Beliau mempunyai ahli keluarga yang ramai.Dengan 5 anak kandung,isteri,ibu mertuanya dan beberapa lagi juak daripada sebelah keluarga mertuanya.Maka bagi memenuhi keperluan keluarga Samy memohon kerja di panggung wayang sebagai penjaga kaunter,pemeriksa tiket,penyuluh tempat duduk dalam panggung tatkala gelap,tukang sapu,tukang buka dan tutup pintu,tukang jaga roll filem,tukang koyak tiket dan tukang tampal poster.Kata ahli keluarga ramai?Hehe.

Suatu malam Samy berada dalam pejabat panggung wayang kerana duty role nya.Entah apa kerjanya.Pejabat panggung wayang terletak setentang dengan kaunter menjual tiket.Jam 3 pagi.Hujan baru reda.

Samy mendengar ketukan di kaunter tiket.Hatinya panas kerana merasakan ada yang mahu memainkannya.Jam 4 pagi siapa nak beli tiket?Dibiarkannya saja.

Ketukan terus bertalu-talu seperti mahu mencabar Samy.Hampir sepuluh minit.Hilang kesabaran Samy.Terus meluru ke kaunter tiket.

‘Deii,mak bapak tarak ajar ka?Ini macam kalu mahu cari gaduh ka sama saya?Banyak bodoh punya orang.Tunggu sana saya kasi pukul sama awak!!’katanya memaki hamun dari dalam pejabat ke kaunter tiket.

Samy terkedu.Tiada siapa pun didepan kaunter kecuali…..

Suatu pasang mata berwarna merah diluar kaunter jelas kelihatan.Merah semerah-merahnya.Merenung tajam bagai mahu membaham Samy.

Menggeletar dan Samy terus berlutut sambil meminta maaf.

‘Ayooo.Saya minta maaf juga…Ayoooo..minta ampun…Ayoyooo…Saya salah juga.Ayooo..Cari makan saja..bukan cari awak….Ayooo yooo’

Esoknya Samy bercuti kerja.

………………………………………………………………………………………………………

‘Itu jam lepas saya minta ampun juga,itu benda terus menjerit kuat.Banyak sakit telinga saya.Sekarang ini pun kalau teringat ini cerita saya mesti takut juga.Terus sembahyang la.Sudah lama la ini.Itu tahun 94 ka 95 jadi’

‘Apa benda tu sebenarnya kacau sama awak?’

‘Tak tau lah.Banyak seram juga kalau ingat.Rokok ada?’

‘Tak ada’

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

RST

Masuk Dalam Batu