in

Gelang

Dikatakan berasal dari Korea, kisah wristband ini juga sangat popular di socmed bagi peminat kisah horror. Juga ada beberapa versi, tapi lebih kurang sama lah….

Di Korea, terdapat peraturan untuk hospital iaitu memakaikan wristband (gelang) kepada pesakit bagi membezakan condition mereka. Wristband warna putih dipakaikan untuk pesakit yang masih hidup di pergelangan tangan kanan mereka. Gelang tersebut mempunyai details nama pesakit dan sebagainya. Manakala jika pesakit mati, gelang itu akan digantikan dengan wristband bewarna merah yang dipakaikan di pergelangan kiri sebelum mayatnya dibawa ke bilik mayat.

Kisah seram ini terjadi pada seorang doktor yang bekerja shift malam di hospital tersebut. Dia akhirnya menyelesaikan shift malamnya pukul 2 pagi dan ingin menuju ke rumahnya untuk berehat.
Dia menekan lif dari level lima untuk turun ke basement, parking kereta. Di dalam lif hanya ada seorang wanita tua. Doktor ni berdiri sebelah wanita tua itu, yang dia kira juga ingin turun di basement.

Bila lif mereka sampai di basement, pintu lif terbuka dan ada seorang lelaki berpakaian putih.
Wanita yang tadi sebelah dia pun nak keluarlah dari lif tu.

Doktor itu melihat sesuatu di tangan lelaki itu dan cepat² dia menarik wanita yang tadi masuk balik ke dalam lif. Dengan panik doktor tersebut terus menekan butang tutup pintu, nombor lima dan pintu lif pun tertutup.

“Hei, kenapa dengan doktor ni?” wanita itu agak marah bila doktor itu menariknya masuk tadi.

“Makcik bernasib baik sayatidak biarkan makcik keluar tadi.” Ujarnya. “Kalau makcik nak tahu, gelang merah yang dipakai lelaki tadi menandakan dia sudah meninggal ! Saya sendiri yang pakaikan gelang tu padanya.”

“Gelang merah?” tanya wanita itu sambil menunjukkan tangan kirinya.

“Gelang merah macam ini ke?”

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tomino’s Hell

Mae Nak Phra Khanong