in

Gangguan Semasa Pulang

Masa tu aku berumur 3 tahun, sekarang dah 13 tahun. Nak dijadikan cerita masa tu aunty aku kahwin di kampung sebelah dan kami sekeluarga pun datang untuk pergi tengok. Untuk ke kampung sebelah ni kena lalu satu sungai ni. Tak dalam sangat boleh je guna motor untuk lalu. Kami bergerak pada pukul 2 petang. Setelah beberapa jam di situ kami pun memutuskan untuk balik ke rumah, pada waktu itu jam dah menunjukkan 10 malam. Sewaktu balik aku mengikuti abang sepupu aku dengan manaiki motor untuk pulang. Semasa hendak meyeberangi sungai tu kami ternampak lembaga putih yang sedang mengilai dan seakan-akan hendak menuju ke arah kami. Abang sepupu aku yang juga ternampak benda tu terus pecut motor tu tapi terasa berat. Aku menutup mata aku dan terus berdoa dan aku bersyukur kerana motor menjadi ringan dan kembali stabil. Semasa berada di rumah sepupu, aku kelihatan pucat dan menggeletar padahal aku pun sama. Keesokannya, kami memberitahu perkara yang kami lalui pada keluarga kami. Mereka mengatakan kemungkinan benda tu terhidu makanan yang kami bungkus dari tempat perkahwinan kelmarin. Itu adalah perkara yang aku tak dapat lupakan sehingga hari ini.

Perkongsian daripada Cladelee.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Rumah Keluarga Jeremy

Kisah Aku Dirumahku