in

Gangguan Sebulan

Pada suatu hari, mereka dan beberapa orang kampung mengembumikan jenazah seorang perempuan yang tengah sarat mengandung. Setelah sampai di kubur dan menanam mayat wanita tersebut, tertiba mereka mendengar bunyi “poopp” seperti bunyi perut meletup atau pecah.

Tak beberapa lama kemudian kawasan kubur berbau hanyir tetiba mereka terdengar bunyi mengilai. Waktu tu memang dah petang, mereka cepat-cepat beredar kerana dari bunyi mengilai yang nyaring, ianya semakin sayup-sayup dan itu tandanya “Benda” tu semakin dekat.

sampai diperahu..masing2 cepat2 berkayuh..hingga mereka terlupa seorang lagi penduduk kampung tertinggal kerana tak larat nak berlari..mereka berpatah balik dan melihat penduduk kampung tersebut pengsan tak jauh dari anak sungai tempat perkuburan tersebut..

sampai dirumah..mereka sedaya upaya menyedarkan penduduk kampung tu dari pengsan..tapi tiada tanda yg dia akan sedar..3 hari kemudian penduduk kampung tu meninggal dunia..masa mereka memandikan jenazah..mereka terkejut kerana “bola lelaki” jenazah tu hilang..kecut seperti dah hancur..

setelah diterangkan oleh seorang penduduk yg mengamalkan perubatan tradisional..barulah mereka tahu bahawa pontianak telah memakan “bola” alat sulit lelaki tersebut..

Hampir sebulan mereka diganggu pontianak tersebut..dan itu memaksa semua kaum laki di kampung memakai kain wanita pada sebelah malam..

Sekian.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nenek Kebayan Pemilik Bunga Hutan

Sesat Ke Alam Ghaib