in

Gangguan Misteri

Sekitar tahun 2006/7, ada satu blok baru dibina berdepan dengan blok aku. Sebelum bangunan di bina, tempat tu hutan. Masa kerja² ratakan tanah, bermula kisah adik kedua aku “diganggu”. Antara kami, dia paling cepat lemah semangat.

Setiap malam, setiap kali azan, seluruh tubuh adik aku naik biji² kecil macam chicken pox, gatal dan pedih….lagi kuat adik aku meraung makin besar biji² tu. Sampaikan adik aku menggelupur seoalah² kepanasan. Keadaan dia kekal begitu sampai esok paginya.

Selama lebih seminggu dia “sakit”, bapak aku ikhtiar panggil bomoh yang dikatakan boleh mengubat sakit begitu.

Katanya benda yang singgah tu datang dari hutan yang diteroka depan blok kami. Benda tu susah dibuang kerana “habitatnya” sudah tiada. Tidak pula diperincikan apakah jenis “benda” tu.

Beberapa hari kemudian, jiran aku, seorang ustaz menawarkan diri untuk membantu. Pada awalnya, dia tidak yakin kerana tiada asas dalam perubatan islam. Ustaz bacakan berapa surah rukyah dan yassin di depan botol air untuk disapukan ke seluruh badan adik aku. Baru sahaja setitis air tu kena adik aku, dia meraung macam kena air panas.

Sambil bapak aku bacakan doa dan sapukan air tu, pelan² biji² tu hilang…tapi esoknya jadi semula. Lebih kurang seminggu sapu air tu setiap hari, akhirnya keadaan adik aku kembali normal. Aku tak pasti macam mana benda tu pergi, mungkin dia pindah ke tempat lain atau mungkin cara tu berkesan ?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Main Sorok-Sorok

Misteri Penghuni Rumah Sewa