in

Gangguan Mimpi

Kisah ni berlaku masa aku mengandungkan Aina. Satu malam aku bermimpi,aku berada di satu tempat persis di sebuah rumah usang Tok Wan aku. Aku dan adik baru nak naik masuk tidur di tingkat atas. Tiba-tiba aku ternampak samar-samar dari ruang tingkap nako rumah di luar rumah ada satu lembaga persis nenek tua sedang cuba masuk ke kawasan rumah yang berpagar. Aku jenguk dari dekat memang sah ada orang nak panjat masuk. (Untuk makluman pagar tu pagar dawai,aku xfaham kenapa orang tu nk jugak masuk ikut celah semak samun.) Sepantas itu,a ku menjerit bagitahu ada orang nak pecah masuk tapi aku nampak orang itu seperti nenek tua yang sama macam mimpi aku dulu masa aku praktikal di Kulim. Aku jerit “Allahuakbar” banyak kali dan aku jerit azan(itu yang terlintas) masa aku jerit Allahuakbar sekuat hati aku,aku nampak nenek tu lagi cepat nak masuk kawasan rumah tapi nampak macam dia susah nak bergerak. Tiba-tiba aku rasa ada satu tangan pegang tangan aku,rupanya En. Husband kejutkn aku sambil tanya kenapa berpeluh2 jerit tapi slow suara xdengar jelas. Aku pun istighfar mimpi buruk tu…

Cerita kedua selepas 3bulan masa ini Aina masuk 6bulan lebih xsilap. Aku mimpi ada orang nak ambil Aina. Orang tu nenek juga tapi xtahu siapa. Dia cakap nak ambil anak. Aku cakap xboleh. 3 kali cakap sampai kali aku menangis teresak2 dalam mimpi sampaikan En Husband kejutkan tanya kenapa menangis. Esoknya malam aku mimpi yang sama tapi ada seorang lelaki datang ceroboh masuk aku sempat tutup pintu tiba-tiba dia hunus pisau tajam aku pegang pisau tu berdarah tapak tangan aku. Aku dengar dia cakap nak bunuh anak aku,lagi aku pegang pisau tu sampai aku terasa bisa pisau tu di tapak tangan. Tiba-tiba, En. Husband kejutkan tanya: “Kenapa macam bergelut sakit nak beranak dah ke?”

Imbas kembali bila aku mula mimpi pelik2.

Masa aku umur 9 tahun ( tahun 1999) aku tinggal di Perak. Aku mimpi aku nampak Opah aku tengah bagi makan kucing yg datang dri semak belakang rumah. Aku nampak kucing tu dari semak samun berjalan ke arah Opah aku. Bila sampai dekat Opah aku,kucing tu bertukar jadi HARIMAU! Dan terus terkam Opah aku. Serentak itu,aku terbangun tidur and at same time aku terdengar suara Opah aku menjerit dari bilik dia. Aku x cerita kat mama masa tu. Rahsia sampai sekarang.

Kali pertama aku mimpi nenek tua tu masa aku praktikal di Kulim. Aku ingat lagi malam tu kawan aku mesej suruh aku tunggu dia sebab kunci rumah aku pegang sebab aku ketua rumah. Terpaksa la tunggu dia datang dari KL. Aku mesej2 sampai terlelap kot. Aku xsedar bila aku lelap tapi di antara ruang sedar dan xsedar tu aku dengar kawan aku Nad call cakap dah sampai. Aku bangun buka pintu Nad masuk bilik dia, aku masuk bilik aku. Aku pun tidur terus. Masa aku tidur,aku sedar aku diganggu. Ada suara nenek cakap ” Cu, cu … Nak tengok nenek x?” Aku geleng. Dia cakap lagi, “Cu, tengokla nenek. ” Aku cakap taknak . Tiba-tiba nenek tu cakap, “Bukalah mata tengok nenek ni..” Aku terbuka mata sebab dengar suara nenek tu berubah nada suara kasar perkataan last tu. Macam suara marah. Aku buka mata terus lompat katil switch on lampu bilik. Roomate aku Hijrah dia terbangun sebab terkejut aku buka lampu. Dia tanya kenapa? Dia ingat aku cakap telefon sbb dngar suara pelan cakap tp tengok aku macam tidur… Rupanya tadi aku tidur dia xtidur lagi. Sepanjang aku mimpi tu dia ingat aku “on phone”. Aku xcerita apa berlaku sbb dia jenis lemah semangat. Xpasal histeria malam tu. Aku cerita esok pagi dia cakap dia rasa panas semacam tapi aku plak rasa sejuk semacam sampai selimut 2x tebal. Aku sjuk tapi berpeluh2 malam tu. Mimpi nenek tu pertama dan kali kedua masa aku mengandungkan Aina.

Sampai harini aku xpasti kenapa aku diganggu seperti itu.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menyakat

Asrama SMKSB