in

Gangguan Di Tempat Kerja

Nama aku firdaus..aku bekerja sebagai seorang storekeeper di salah sebuah gudang di Puchong Selangor..sebelum aku ceritakan lebih lanjut,mai sini aku cerita dulu kisah bangunan yang aku bertugas ni..lebih kurang 10 tahun lepas,bangunan ni pernah terbakar,waktu tu pekerja² dah tamat shift waktu tu dan punca kebakaran sampai sekarang menjadi misteri..lepas kejadian tu,bangunan tu diubahsuai semula dan hampir setahun baru lah beroperasi semula sampailah sekarang..

aku kira budak baru jugak lah sebab aku baru kerja kat sini setahun dan tak susah pon nak ada kawan baru sebab semua pekerja kat sini semuanya friendly..jadi aku takde lah kekok sangat bila bekerja tu..kerja dalam store ni tak lah macam kerja pejabat tu so siapa yang kerja dibahagian store tu dia tau lah macam mana kerjanya..ada masa boleh lepak ada masa kerja tak habis² macam tu lah rutin harian kami..bila nak solat pulak kami akan solat bergilir-gilir di tingkat paling atas iaitu tingkat 3…oh lupa nak bagitau,bangunan di cuma ada 2 tingkat je,tapi boss aku tambahkan 1 lagi tingkat di bahagian atas kerana barang semakin banyak so jadilah 3 tingkat..

kisah misteri di sebalik bangunan tu mula berlaku apabila salah seorang rakan sekerja aku memberitahu bahawa bangunan tu dulu pernah terbakar tanpa sebab dan menghancurkan segala yang ada dalam bangunan tu..lepas tu baru lah satu persatu gangguan melanda aku…aku pon tak tahu kenapa aku..

gangguan yang pertama ni sewaktu aku berada di tingkat 2 dengan kawan aku yang bernama Nazri..waktu tu kami diarahkan utk angkat beberapa kotak utk di masukkan di dalam lori..tengah aku dok angkat kotak nak letakkan kat tepi,si Nazri ni dari tadi asyik menyangkong dan kepala dia tunduk ke lantai..aku jadi marah lah sebab dari tadi aku buat kerja sorang²..tapi aku malas nak tegur takot jadi gaduh pulak so aku abaikan dia dan terus bawak kotak tu ke tingkat satu utk diletakkan di dalam lori..

masa aku turun dari tangga tu,aku terserempak dengan Nazri yang baru nak naik atas sambil berkata “sorry daus,aku buang air besar tadi,lupa nak bagitahu kau”…aku terdiam dan jantung aku pulak berdegub kencang..siapa pulak kat tingkat 2 dengan aku tadi..ah sudah…aku naik balik kat tingkat 2 tu tadi tapi takde sorang pon yang ada..Nazri cuma heran tengok aku tapi aku tak ceritakan kat dia..nanti dia takot,sape pulak nak tolong aku buat kerja nanti..

gangguan ke dua ni ketika kami terpaksa overtime sehingga pukol 10 malam kerana ada barang² dalam kontena yang perlu kami habiskan..biasa lah,kerja dalam kontena ni memang penat semacam..kadang² tu aku curi tulang la kejap nak isap rokok kejap dan malam tu jugak aku kena ganggu lagi sekali..sewaktu aku sedang lepak isap rokok kat luar,aku pandang la tingkap di tingkat 3 tu,

sebab aku rasa macam ada kelibat orang..mungkin aku salah pandang kot..tapi yang membuatkan aku seram tu,bila aku tengok kat tingkap tu buat kali kedua,ada seorang lelaki yang sedang menjengukkan kepala dia keluar tingkap dengan muka yang sangat² hodoh..aku terus lari masuk dalam kontena,kawan² aku semua tanya kenapa aku gelabah semacam je ni..aku cuma cakap,tak ade ape…so kami teruskan lah kerja jugak malam tu..

gangguan ketiga ni pulak sewaktu aku sedang solat zohor di tingkat 3..tingkat 3 ni jarang orang masuk sebab dia cuma tempat penyimpanan barang je,kalau ada barang yg tak cukup barulah kami akan naik ke tingkat 3…dipendekkan cerita,tingkat 3 ni ade dua pintu,satu pintu di bahagian depan dan satu lagi di bajagian belakang dan jarak kedua² pintu ni tak la jauh sangat pon…dan aku selalu solat di antara kedua² pintu ni..sebab senang sapa yang masuk aku tau..

masa aku tengah solat tu ok je xde apa² pon tapi bila dah sampai ke tahiyat akhir tu,aku terdengar suara yang sangat kuat dan sangat² garau bersin dan batuk ² kali diikuti dengan salah satu barang di rak paling atas terjatuh betul² di hadapan aku..Allah je tau perasaan aku time tu..aku cepat² habiskam solat dan terus turun ke tingkat bawah..lepas kejadian tu,sampai ke hari ni aku tak jejakkan kaki aku kat tingkat 3 tu..

yang membuatkan aku lagi pelik,kenapa semua gangguan ni terjadi pada aku sorang???? sampai ke hari ni aku masih lagi diganggu tapi rasa macam dah lali dah.. semoga Allah melindungi kita semua dari perbuatan jahat jin dan syaitan..amin ya robbal a’lamin.

Perkongsian daripada Firdaus.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dapur

Kisah Saya Di Kampung