in

Gangguan Di Rumah Sewa Part 1

Assalamualaikum..nama aku khai..kisah yang nak aku ceritakan ini mungkin agak cliche..tapi ini memang pengalaman aku sendiri..

kisah ini terjadi pada tahun 2007..masa tu aku kerja sebagai “assistant cook” di sebuah kantin kilang yang berada di senai,johor..shift kerja aku ni ada 3..pagi,petang,malam..dan masa aku diganggu nie ketika aku kerja waktu petang..

3 petang sampai 11 malam..masa aku balik kerja tu dalam pukul 11.30 malam..jarak dari tempat kerja dgn rumah sewa aku ni taklah jauh mana pon..tak sampai 10 minit pon kalau naik motor..

Aku kalau balik tengah2 malam nie memang lemah sikit..sebab jalan yang aku lalu pergi balik kerja agak ‘keras’..lagi2 flyover jalan airport senai..kalau lalu malam2 tu ada bau bunga di kuburan..kalau nasib tak baik berat motor/kereta sbb ada ‘benda’ menumpang..dan itu yang terjadi kat aku..

Masa aku lalu di flyover tu,motor aku rasa berat sangat..padahal dah pulas abis throttle motor aku..korang bayangkan dari meter 120km/h terus drop sampai 70-80 km/h..masa tu aku dah rasa lain macam..biasanya lepas kerja aku mesti lepak kedai mamak yg dekat dgn area rumah sewa aku..pesan ibuku pon aku lupa..kalau ada benda ikut balik singgah dulu kat mana2 kedai..biar benda tu turun kat situ..tapi sebab takut punya pasal aku terus balik rumah..

Sampai je di rumah sewa aku..aku nampak pintu pagar tak bertutup..maknanya kawan2 serumah aku belum tidur lagi..aku terus parking motor dan berehat sekejap di luar rumah sambil hidupkan sebatang rokok..aku ada membela seekor kucing jantan..selalunya kalau aku balik kerja dia mesti tunggu kat depan pintu rumah..tapi malam tu lain pulak perangainya..

Dia menyorok di belakang speaker home theater aku..sambil matanya merenung tajam kepadaku..seperti ketakutan melihat sesuatu..aku panggil2 langsung dia tak jawab..aku pon malas nak layan dia..terus aku masuk dalam bilik..masa tu ade 2 org rakan serumahku sedang menonton tv..

Lepas aku mandi aku pon lepak di ruang tamu sambil bercerita dengan kawanku tentang kejadian yang aku alami masa balik kerja tadi..waktu ketika itu lebih kurang pukul 1 pagi..masa tengah dok bercerita tu kami terdengar seperti ada org mengetuk tingkap rumah kami..btw,rumah sewa ku tu jenis corner lot..jadi di tepi rumah kami tu semak samun..sbb kami nie mmg x de masa nk kemas..

Kami bertiga pon pandang sesama sendiri..kawanku mengajak untuk keluar melihat siapa di luar rumah..kami sangkakan pencuri sbb sudah ada beberapa kes kecurian di kawasan rumah sewa kami..kawanku mengambil pedang samurai yg disimpannya..aku pula mengambil kayu besbol yg mmg disimpan sebagai senjata untuk mempertahankan diri..

Setelah kami keluar meninjau tak pula kelihatan sesiapa di luar rumah..lepas tu kami terdengar pula pintu grill belakang rumah kami di buka..meluru kami bertiga kebelakang rumah tapi kami x nampak pon pintu grill tu terbuka..kami pon masuk kembali di dalam rumah..masing2 membisu sambil memikirkan apa yang terjadi..

Tak lama lepas tu terdengar pula dinding di rumah sebelah di ketuk2 seperti bunyi orang bertukang..padahal rumah sebelah kami tu dah lama kosong tak berpenghuni..aku dah rasa yang memang ada  benda yang mengikut aku balik rumah sejak aku pulang dari kerja tadi..

Tunggu sambungan part 2

Perkongsian daripada Khai.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Atok

Jalan Tol Putrajaya – Cyberjaya