in

Gangguan Di Hotel Z, Putatan.

Assalamualaikum. Nama aku, Lisa (bukan nama sebenar). Ini kisah pengalaman sebenar yang aku alami sendiri ketika menginap di sebuah hotel di Putatan, Sabah. Nama hotel ni ialah Hotel Z (bukan nama sebenar). Aku dapat tahu hotel ni balik-balik tukar nama. Sebab apa? aku pun tak tahu. Aku menginap di hotel ini kerana seminar yang akan aku join dibuat di hotel yang sama, jadi mudahlah bagi aku. Ceritanya bermula pada malam hari pertama aku masuk bilik yang terletak di tingkat 4 hotel tu. Bilik nombor 404.

Setelah seharian berurusan diluar, aku pun mandi. Dalam bilik tu, aku duduk bersama dengan 4 orang lagi peserta seminar. Selesai sahaja mandi, aku tutup shower. Keluar drp ruangan berkaca menuju ke depan cermin dalam bilik air. Cermin tu besar dan berwap kerana aku mandi dengan air panas. Aku tidak berani untuk lap wap yang ada dicermin tu kerana takut terpandang benda yang tak sepatutnya kita nampak. Haha.. Lagipun, aku ni rabun jauh. So, rasa selamatlah sikit sebab aku tak nampak sangat bila tak pakai cermin mata. 

Nak dijadikan cerita, hampir suda selesai berpakaian lengkap, tiba-tiba..

~shaa……

Shower di sebalik dinding kaca yang memisahkan ruang mandi dengan mangkuk tandas dan singki tiba-tiba terpasang sendiri.. Aku masa tu, masih bersangka baik. Cepat-cepat aku masuk ke ruang shower dan tutup airnya. Masa tu aku hairan. ‘eh, nak pasang shower ni kena naikkan pilinya ke atas.. Macam mana pilinya boleh naik atas sendiri?’ aku bermonolog sendiri. Tanpa membuang masa, tanpa memakai cermin mata, aku segera keluar dari bilik air tersebut.. Kepala aku terasa sangat kembang ketika itu. Berjalan pun seolah-olah aku terbang. Hahahaha… Takut punya pasallah.. 

Aku tidak menceritakan kejadian itu kepada rakan-rakan sebilik aku kerana aku segan. Kami pun baru pertama kali berkenalan petang tadi. Ingatkan, perkara tu berakhir di situ. Rupa-rupanya, ada lagiii.. Apabila kami semua sudah tidur lena, tiba-tiba aku terjaga di tengah malam. Aku capai handfon aku di tepi katil untuk tengok jam. Pukul 2.50 pagi. Aku terjaga kerana terdengar bunyi dari bilik air, bunyi orang flush tandas. Aku tunggu, nak tengok siapa yang akan keluar. Aku sangkakan salah seorang dari rakan sebilik aku. Setelah 10 minit berlalu, aku angkat sedikit kepala ku dan mula mengira. Satu, dua, tiga,… Empat…Aikk.. Semua ada.. Jadi siapa yang dalam bilik air tu? Ah, mungkin tandas dari bilik sebelah kot.,kata aku.

Aku cuba untuk menyedapkan hati sendiri. Aku tutup semula mata aku. Dengan harapan untuk menyambung tidur. Tiba-tiba…Ya, ada lagi gangguan ketiga. Aduii.. Kali ini, tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki diluar bilik kami. Seolah-olah ada ramai orang yang lalu di lorong depan bilik kami.. Suara orang bercakap kuat dn kedengaran ramai. Tapi aku tidak dapat menangkap butir-butir percakapan mereka. Mula-mula, aku ingatkan mereka bertutur dalam bahasa cina (mungkin ada pelancong cina baru masuk) , tapi makin lama makin pelik pula bahasa tu. Seolah-olah semua orang bercakap serentak. 

Selain bunyi tapak kaki dan suara orang bercakap yang bagi aku sangat menggangu itu, kedengaran juga bunyi seolah-olah perabot dialihkan.. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian balik lagi diheret ke kiri dan begitulah seterusnya sehingga beberapa ketika. Mungkin adalah dalam 10-15 minit, bunyi-bunyi tersebut tiba-tiba hilang begitu sahaja. Hilang begitu sahaja.. Magic.. Aku masa tu sudah ulang banyak kali baca 3 Qul dan entah apa lagi ayat quran yang aku baca, aku sendiri pun dah tak ingat.

Bila keadaan sudah kembali sunyi dn tenang, aku terus terlelap kerana berasa amat letih. Letih kerana berperang dengan bermacam perasaan sendiri. Hahaha. korang dapat bayangkan apa yang aku rasa ketika itu? Keesokannya, selesai berseminar sehingga pukul 5 petang, aku terus balik ke rumah. Itulah pengalaman aku ketika bermalam di Hotel Z. Terima kasih kerana sudi baca sehingga habis. Wassalam.

Perkongsian daripada Lisa.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

3 Pokok

Aku Boleh Nampak