in

Gangguan Di Dalam Lif

Assalamualaikum. Nama saya Haziq berumur 13 tahun, saya ingin berkongsi kisah saya diganggu di dalam lif. Saya tinggal di sebuah pangsapuri di tingkat 21, jadi kalau nak turun kenalah guna lif. Pangsapuri tu ada 30 tingkat. Pada pukul 6.30 pagi saya bersiap untuk ke sekolah. Saya masuk sekolah pukul 7.30 pagi, jadi kenalah pergi awal sikit sebab saya ni pergi sekolah jalan kaki. Setiba di lif saya menekan butang lif , lif sedang naik dari tingkat G tapi saya pelik kenapa lif tu terus naik ke tingkat 30 padahal saya berada di tingkat 21. Saya berfikir mungkin ada orang lain yang berada di tingkat 30 yang menekan lif dulu. Saya biarkan ja lah.

Kemudian lif tu sedang turun tapi ia turun terus ke tingkat G. Saya berasa lebih pelik masa tu. Lepas tu lif tu naik semula tapi terjadi perkara yang sama, ia naik ke tingkat 30 dan turun ke tingkat G. Saya pikir ini mesti lif ni rosak. Saya pun ambil keputusan untuk turun tangga, setapak kaki saya turun 1 anak tangga tiba – tiba lif terbuka. Saya pelik kenapa tadi naik turun naik turun tiba tiba okey pulak. Saya buat tak tahu saja lah lalu saya masuk ke dalam lif. Saya tekan butang tingkat G tetapi kenapa lif ni masih naik ke tingkat 30. Saya mula berasa seram sejuk.

Lif tu naik ke tingkat 30 lepastu terbuka dan saya melihat keluar tetapi tiada orang dan itulah benda yang sama berlaku di tingkat 15. Lif tu hanya turun sampai tingkat 15. Time tu saya dah mula geram. Lif tu naik turun naik turun sampai 5 kali. Saya memang geram gila time tu. Kali ke 6 lif tu naik ke tingkat 30 saya keluar dan berkata ” jangan main main lah aku nak pergi sekolah ” kata saya dengan nada yang marah. Lepas tu saya masuk ke dalam lif dan lif tu dah tak berhenti dekat tingkat 15 lagi. Saya dah mula rasa lega.

Tapi sebalik nya di tingkat 7 lampu lif terpadam tetapi saya masih rasa yang lif masih bergerak .tiba di tingkat 3 lampu terbuka dan pada masa itu saya nampak satu pocong berada di tepi saya memandang tajam ke arah saya. Saya melihat mukanya sangat hodoh dan hitam seperti terbakar. Saya tak tunggu apa lagi saya terus tekan butang lif dan saya turun di tingkat 2 dan saya berlari terus tanpa memikirkan apa pun. Saya berlari terus ke sekolah dengan cemas.

Di sekolah saya menceritakan  apa yang terjadi pada saya kepada rakan rakan. Pulang dari sekolah saya masih takut untuk naik lif jadi saya naik tangga. Balik sekolah saya terus memberi tahu mak dan ayah saya apa yg terjadi pagi tadi dan saya juga demam selama 4 hari. Sejak hari itu ayah saya menghantar saya ke sekolah san tidak membenarkan saya menaiki lif berseorangan.

Perkongsian daripada Haziq.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Bunga Tertutup, Bila Bunga Terbuka

Asrama Lama Berhantu