in ,

Gangguan Cik Cong

Hye aku Kecik (nama panggilan)

Aku nak kongsikan satu cerita yang betul-betul berlaku pada diri aku sendiri.

Ceritanya bermula disini, dimana aku bersama-sama 3 sahabat aku mahu pergi ke suatu tempat dimana kami mahu melakukan aktiviti paranormal.
Alahhh bak kata budak-budak zaman skang ni macam recce tempat laa. Ahahahaha.

Aku pergi dgn Aan, Adib dan juga Kamal.
Waktu kami pergi tu dalam kira-kira tepat pada pukul 12:00 malam.

Haaa lupa pulak nak bagi tahu, kami nak buat paranormal dekat sebuah rumah banglo yang sudah lama ditinggalkan sebab ramai yang kata dekat situ amat menyeramkan.

Sambung pada cerita tadi, sampai je dekat depan rumah tu.
Aku mengajak adib untuk ikut aku masuk ke rumah tu,untuk buat tinjauan la. Takut-takut ada binatang buas kee.
Waktu kami masuk jee dalam rumah tu memang tak ada apa-apa yang pelik pon berlaku.

Pada waktu tuu Adib merakam video. Alahh saja-saja rakam.
Rumah tu tak ada laa besar sangat tapi boleh dikatakan seram laa.
Sebab dekat satu bilik ni ada tali gantung auu. Haaa seram kan.

Tapi bukan tu yang aku nk sampai kan.
Ada lagii sabar-sabar.

😂

Jangan Marah

Okay aku sambung cerita…

Pada jam lebih kurang pada pukul 12:30 am. Aan ajak untuk lepak minum dekat sebuah gerai, yalah kami datang untuk buat tinjauan jee. Lagi pon kami nak lakukan aktiviti paranormal tu pada keesokan malamnya.

Nak dijadikan cerita.
Waktu dekat gerai tu Aan ada tanya pada Adib pasal rakaman yang Adib rakam tadi tuu, so Aan nak tengok video tuu..
Yelah excited sangat kot ahahahha sebab baru first time kami nak buat paranormal ni.

Bila Adib tunjukkan video rakaman tu pada Aan dengan Kamal. Aku terlihat riak wajah Kamal berubah, jadi aku tanya lah Kamal.

– Aku : Kau asal Kamal?? Macam nampak hantu jee. (dalam keadaan menyindir)
– Kamal : korang takkan tak nampak apa yang aku nampak??
– Adib : Mana ada apa-apa pon Kamal. Rilex laa takkan kau dah takot kot??
– Kamal : Cuba kau tengok betul-betul dekat tingkap tu. Ada apa??
– Aku, Aan, Adib : Ehhh serius arr macam pocong jee!!!
– Kamal : Aihhh takkan takut kot?? Baru sikit ni esok lagi extreme auu (dalam keadaan menyindir)

Kami ulang video tu beberapa kali ye laa sebab tak puas hati. Takut-takut bukan penampakan yang terakam.
Selepas dalam 5 minit ulang baru kami tau yang terakam tu memang betul pocong.

Ni baru dalam video guyss ada lagi !!!

Waktu ni yang kami tak boleh nak lupakan.
Waktu ni tepat pada pukul 1:30 pagi (haaaaa), kami dalam perjalanan pulang ke rumah daripada warung.
Aan memandu mcm biasa, bawak santai-santai pasang lagu.
Kami rilek-rilek sementara nak sampai ke rumah masing-masing.
Kami ikut laluan yang jarang orang lalu sebab jalan ni tak ada lampu jalan.
Memang gelap laa sepanjang jalan, cuma mengharapkan lampu kereta jee.

Waktu tu hanya sebuah kenderaan jee yang lalu iaitu kereta Aan.

Aan rasa macam ada benda yang tak kena sebab kereta rasa berat.
Pada masa yang sama Aan terhidu bau yang teramat busuk macam bau bangkai.

Aan tanya pada kami..
Kami pon menjawab yang kami pon ada terbau, Kamal cakap takpe buat tak tau jee.

Tiba-tiba Adib menjerit macam nampak hantu. Kami tanya asal kau jerit macam hanat ni, nak tau Adib cakap ape??
Adib cakap cuba kau tengok dekat cermin luar sebelah aku korang nampak ape??
Alangkah terkejutnya kami sebab kami nampak ada seekor makhluk sedang mengintai dari atas kereta iaitu pocong!!!
Alangkah buruk nyee muka diaa dah macam jamban tak siap, benda ni tak lawak guyss(benda ni serius aku cakap)
Waktu tu aku dan Aan cuba baca apa yang kami belajar dahulu.
And alhamdulillah lepas aku dan Aan baca ayat ii quran benda tu pon hilang.

Dan kami sampai dirumah tepat pada pukul 3:00 pagi.

Okay guys sampai sini jee cerita yang aku nak kongsikan.
Ini adalah pengalaman aku, nak percaya atau tidak terpulang tapi satu je nasihat aku (jangan taksub).

Kisah benar dari Aiman.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pocong

Pontianak Di Sehari Sebelum Puasa