in

Gangguan Balan-Balan Di Hotel Tawau

Ini bukanlah cerita daripada aku tetapi cerita kawan aku pada tahun 2017 yang lalu. Ini cerita tentang gangguan ibu kawan aku yang tengah sarat mengandung anak ke-3 diganggu oleh balan-balan(syaitan yang hanya kelihatan kepala dan usus yang memakan bayi untuk kekal cantik). Semasa melancong ke Tawau. Keluarga mereka merancang untuk melancong ke Tawau semasa cuti akhir tahun. Tiba saja mereka di Tawau, time tu sdh mau senja la. Diorang terus check-in lah sebab xmau terlepas bilik. Lepas check-in, diorang pun pergi bilik kecuali bapa mereka sbb bapa mereka jumpa kawan lama.

Kawan lama bapa diorang tu security hotel tu. Tengah syok cerita, bapa diorang pun naiklah pergi bilik. Tetapi, time bapa diorang mau naik, kawan lama bapa tu ada nasihat skit. Dia cakap ” kau jaga2 skit isteri kau tu mangandung. Di Tawau di terkenal dgn balan2″. Bapa tu pun cakplah. ” Ya pernah jugalah dengar”. Security tu jga pernah nampak banyk balan2 berterbangan di langit time sdh mau senja. Esok pagi, diorang pun mulalah buat aktiviti2 yang dirancang. Time sdh senja diorang pun gi restoran makan. Time diorang sdh penat mau balik, jam sdh menunjukkan sdh jam 11:45 malam.

Sampai ja di hotel, security tu ajak bapa diorang bersembang ngan kawan2 yg lain. Diorang yang lain pula naik pergi bilik. Time sdh mau tidur tu, mama kawan aku buka tingkap sbb diorang tdk suka tdr pakai aircond diorang lagi suka tdr pakai angin udara sbb lebih segar. Jam 1:00 pagi, mama kawan aku pun terbangun. Dia terdengar ada bunyi di bawah katil dia. Time tu bapa diorang masih belum balik. Mama kawan aku ingat bunyi itu kawan aku yang buat tapi dia tengok dia tengah tidur sebelah kakak dia. Dia ingat dia mengelamun. X lama lepas tu, bapak diorang pun balik. Sbb penat dan ngantuk, dia terus tidur lepas berus gigi dan cuci kaki. Jam 2:55 pagi, mama kawan aku terdengar lagi bunyi tu.

Dia terkejut bila tengok anak2 dia dan suami dia tengah tidur. Dia kasih bangun suami dia tapi suami dia tidak bangun. Suara tu macam suara tapak kaki. Suara tu bergerak ke seliling di bawah katil dengan laju. Mama kawan aku pun takut lah sampai baca ayat-kursi pun tdk lancar. Mama kawan aku baca2 tetiba tidur sbb terlalu takut dan mengantuk. Esok pagi mama kawan aku bangun awal. Dia terkejut sbb ada banyak darah di seliling bawah katil dia. Dia pun kasih bangun suami dia. Dia pun turut terkejut. Suami dia terus cerita sama kawan dia. Kawan dia pun mau tolonglah.

Bila dia naik dia check sekeliling. Dia tanya mama kawan aku kalau dia ada buka tingkap pada waktu malam. Dia pun jawab lah ada. Kawan suami dia pun cakap itu mesti angkara balan-balan. Dia pun baca2 sbb kebetulan dia ni Ustaz. Dia pun bagi daun yang paling balan-balan benci untuk melindungi mereka. Ustaz tu pun berpesan jangan buka tingkap pada waktu malam. Alhamdullilah tiada sdh gangguan. Nasihat daripada saya untuk para suami janganlah tinggalkan isteri anda sendirian apalagi yang tengah mengandung.

Terima kasih sudi mendengar cerita saya. Assalammualaikum.

Perkongsian daripada Raiyan.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dua Suara Ketika Mendengar Ayat Suci Al-Quran

Gangguan Di 7E