in

First Time Duduk Hostel

Assalamualaikum guys.

😘

Actually cerita yang akan aku kongsikan ini, mungkin tidak lah seram macam yang cerita orang lain.

Kisah ini berlaku pada 2017, waktu aku berumur 13 tahun. First time lah rasa duduk asrama.

Sebelum aku kena “sapa” oleh makhluk Allah ni, aku ada lah dengar cerita pasal hantu kat asrama ni oleh senior aku tapi kalau jumpa makhluk ini memang tidak pernah lah. Dorang cakap dekat dorm aras atas ni banyak yang “menyinggah” aku tak percaya lah sebab tidak pernah lagi aku kena kan. Hahaha.

 So masa ni lebih kurang 3 bulan dah aku stay asrama. Malam tu lepas habis ja prep malam dalam jam 10 or 11 mlm, aku terus mengampai di katil aku. Aku mengantuk sangat. Tidak lama lepas aku terlelap, aku ada dengar bunyi ketuk pintu. Aku rasa macam dah lama dah tidur kan. So aku trus berdiri mau buka pintu. Pintu tu ada dekat sebelah katil aku saja. Aku buka pintu teda pun orang. Aku belum fikir pasal apa. Lepas tu, aku baru mau tdur balik di katil and pintu pun di ketuk bilik. Satu jaa aku fikir time tu mungkin kakak aku mau kasi bangun aku pi solat subuh kali. Aku pikir mcm tu dan laju lah ni pi buka pintu. Buka jaa pintu teda orang pun. Aku beranikan diri keluar dorm, aku jalan dekat koridor asrama aku, sempat lagi jenguk dorm sebelah sebab kakak aku stay sana. Memang teda orang lah. Semua masih tidur nyenyak. Aku balik dorm lah. Kunci pintu baru aku membelakang pintu. Tok,Tok, pintu di ketuk bilik. Nah time ni bru kuat line aku. Berdiri bulu roma aku, jantung aku pun berdegup laju. Terketar-ketar aku jalan mau pi katil aku balik. Bunyi pintu tu di ketuk kan macam di pukul guna kapak bah. Kuat btul, tapi aku tetap pelik sebab aku satu orang jaa yang sedar tu bunyi pintu macam itu. Nyenyak lagi bah kawan satu dorm aku tidur. Aku yang masih bergetar tu cuba buka tingkap. Aku buka tu langsir pelan-pelan, teda bah orang. So dari mana tu bunyi mengetuk kalau tiada juga orang di luar. Aku menangis bah terus, aku baca ayat yang aku tahu, sah hantu ni. Itu ja yang aku mampu fikir, kenapa kau kacau aku, aku tiada kacau kau pun sambil nangis aku cakap begitu. Aku tutup kepala guna selimut, bunyi tu kan berhenti tiba-tiba. Aku buka lah selimut pelan-pelan dari kepala aku. Aku mau tengo tu pintu, tu pintu kan tiba-tiba buka sendiri tapi kan macam sudah bah aku kunci tu pintu. Krekk! Pintu terbuka luas, aku ada rasa angin malam lagi. Betul-betul aku tidak tahu mau buat apa lagi. Aku tutup kepala guna selimut dan baca ayat apa ja yang aku tahu sambil menangis. Sunyi sekejap and aku dengar bunyi benda or kuku? dia bergesel di besi. Besi katil aku!! Ahh sudah aku terus berkeras. Mulut aku pun terkunci, takutnya aku tidak mampu sudah buat apa-apa. Aku tutup mata rapat-rapat. Lepas ni apa ja jadi jadilah.

Esoknya aku buka mata, aku nampak kawan aku yang tidur di katil sebelah dengan aku sudah bangun. Aku tanya dia jam berapa? Dia cakap baru jam 4:30 dan sayup-sayup aku dengar azan subuh dan aku dengar bunyi pintu diketuk. Pintu tu dibuka dari luar, aku nampak kakak aku di sana sambil pakai sejadah putih “Oii! Bangun solat” katanya. Aku rasa lega lah sikit sebab bukan hantu lagi yang mengetuk pintu. Aku tidak cerita kisah aku ni dekat dorang sebab dorang tu penakut banyak tapi sejak dari malam tu aku jadi berani, sebelum ni aku takut pi tandas satu orang. Sekarang aku jadi berani sudah lah sikit-sikit.

😅

Tapi tetap takut lah kalau pasal pintu.

😅

So pengajarannya sebelum tidur tu baca doa tidur lah dulu yaa. Aku tetap bersyukurlah sebab tidak nampak muka makhluk tu time tu. Kalau nampak tidak tahu lah apa jadi.

😂
😂

Perkongsian Daripada Nadzirah.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ketukan Pintu

Rumah Ditinggalkan