in

Elisa Day

Story urban legend ni lebih kepada tragis berbanding seram. Ni antara story yang menarik pada aku. Of course aku rasa english version lebih sedap ayat² dia, ada feel nak baca berbanding versi melayu. Tapi aku translate juga la ke malay. Korang google lah sendiri versi asal dia.

Somewhere in Europe, bertahun² dahulu katanya wujud seorang gadis bernama Elisa Day. Memiliki wajah yang terlalu cantik diibaratkan kecantikan “wild roses” (ros liar) yang tumbuh di pinggir sungai, all bloody and red (merah darah). Ada versi kata bibir dia merah macam ros.

Satu hari, ada seorang lelaki muda datang ke pekan tersebut dan jatuh cinta dengan Elisa. Mereka dating 3 hari je.

Hari pertama, lelaki tu datang melawat Elisa kat rumah…..(mybe berkenalan la kot…)

Hari ke dua, lelaki tu bagi dia sekuntum bunya ros dan ajak Elisa jumpa dia kat tempat di mana ros liar tumbuh…

Hari ke tiga, mereka jumpa di sungai di mana tempat ros liar tumbuh, berbual….bila Elisa leka, lelaki tu bunuh dia dengan batu, hentak dekat dahi Elisa sambil bisik “semua kecantikan mesti mati”. Dengan sekali hentakan, Elisa mati serta merta. Lelaki tu hanyutkan mayat Elisa kat sungai tu, sambil letakkan sekuntum ros liar kat bibir Elisa.

Mayat Elisa tenggelam dalam arus sungai yang mengalir perlahan sehingga bertahun lamanya mayat Elisa Day tak pernah dijumpai.

Sesetengah penduduk mula menceritakan penampakan seorang gadis cantik dipercayai hantu Elisa Day berjalan² di pinggir sungai tesebut, terlihat luka berdarah di dahinya sambil memegang sekuntum ros di tangannya.

Setelah sekian lama, orang ramai dah melupakan kisah dia, nama dia…dan akhirnya Elisa Day digelar “The Wild Rose”.

Kalau korang search youtube, lagu “Where the Wild Roses Grow” by Nick Cave adalah berkisar tentang pembunuhan Elisa Day. Boleh kata, the whole story dinyanyikan dalam lagu tu.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mae Nak Phra Khanong

Bangunan Tran Hung Dao