in

Dua Orang Manusia Pelik

Benda ni terjadi waktu aku ikut member aku pergi kelantan baru-baru ni. Aku spesifikkan tempatnya, tumpat. Waktu tu, ada aku, mus, andak, abang Jali dengan member abang Jali. Kiteorang berlima naik kereta triton yang dipandu sendiri oleh abang Jali. Sampai je kiteorang dekat tempat tu terus takde banyak cerita masing-masing buat kerja.

Waktu tu pun dah dekat 6:30, masing-masing yang tadi serius dah start main-main, gelak sampai tak ingat dunia, tempat kerja kiteorang tu agak terpencil sikit , ohh lupa nak cakap, kerja kiteorang dekat pencawang elektrik tnb. Kiteorang gelak-gelak sampai maghrib , tapi kerja belum siap lagi , time tu member aku si andak dah start rasa lain tapi dia diamkan je. Kawasan tu ada semak tinggi lepastu belakang semak tu ada satu kawasan lapang. Tiba-tiba ada bunyi guruh, abang Jali dah start membebel sebab nak kena setelkan sebelum hujan. Tapi aku rasa guruh tu lain mcm sikit. Aku tengok langit, takde tanda-tanda nak hujan. Yang buatkan kiteorang terkejut, ada semacam cahaya kilat tembak betul dekat tanah lapang belakang semak tu. Tapi apa yang datang lepas kilat tu yang buat aku trauma sampai sekarang.

Aku nampak dua orang manusia, sorang perempuan pakai baju merah, bersanggul, sorang lagi budak kecik, baju macam orang zaman dulu, ada lastik dekat leher, lepastu rambut botak ada jambul sejembut dekat depan. Gaya berjalan diorang memang slow tapi tegak je. Aku terus pergi dekat kereta sebab nak amek rokok, time aku pandang je dekat member-member aku, budak lelaki tu betul-betul depan member aku si Mus, tapi yang peliknya , member aku sorang pun tak nampak. Aku dah jadi tak tentu arah, yang buatkan aku rasa nak pitam. Perempuan tu mundar mandir dekat member abang Jali tu sambil mata dia tak lepas dari pandang aku.

Terus aku jerit, “Wei jom ah gerak, aku lapar lah.” sambil terus meluru masuk dalam kereta. Andak yang waktu tu macam perasan perangai aku tiba-tiba lain pun cepat-cepat kemas barang letak dekat belakang kereta. Disebabkan tu hari terakhir kiteorang dekat sana, so kiteorang terus shot balik shah alam , aku dengan andak diam je sepanjang perjalanan sampai bukit jelutong . Lepastu baru andak bukak suara,

“Aku nampak orang doh tapi aku yakin bukan orang entah darimana datangnya satu kampung tu”
Aku pandang andak, aku ingatkan berdua je, rupanya sekampung. Nasib baik aku cuma nampak dua je. Kalau tak, mau pengsan aku dekat situ jugak.

Aku dah lupa andak punya version macam mana dia boleh ternampak , malam ni aku lepak dengan dia , kalau dia sanggup cerita , nanti aku kongsi dekat sini. Budak tu jenis lemah semangat sikit . Kena tinggal dekat kedai makan pun dah cerita nampak jembalang bertenggek. Gerakkluu. Ohh ya. Tu kali pertama dan kali terakhir aku jejak kaki ke pantai timur , taubat taknak pergi dah.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Suri Rumah

Jangan Sampai Kena Tegur