in

Dorm Asrama

Assalamualaikom, ini adalah pengalaman aku semasa berada di sebuah asrama institut pengajian yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun sebelum ni.
Kisah ini berlaku pada tahun 2007 dimana aku telah menerima tawaran oleh sebuah institut pengajian untuk menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Memandangkan rumah aku jauh, aku diarahkan untuk tinggal di asrama yang telah disediakan oleh pihak institut. Tempat belajar aku ni pendalaman sikit, jauh dari bagunan atau rumah orang lain,paling dekat pon rumah orang sekitar 1 km barulah jumpa sebuah rumah.Seperti biasa, di sini pelajar yang baru mendaftar akan menjalani minggu orentasi selama 5 hari.

Disinilah aku berjumpa dengan seorang kawan baru (man). Man (bukan nama sebenar) adalah seorang yang agak pendiam, tapi tak tahulah, dengan aku dia macam suka bersembang. Lama kelamaan kami menjadi semakin rapat dan boleh dikatakan sebagai kawan baik. Aku bukanlah seorang yang berani dalam hal-hal mistik ni tapi man selalu bagitau aku yang institut tempat kami belajar ni “berPENUNGGU”tambah-tambah lagi dorm yang kami duduk, dia bagitau lagi yang dia ada nampak sesuatu dalam dorm kami.  Memang kalau dilihat dinding serta pintu masuk dorm kami dipenuh dengan ayat-ayat al-quran dan senior pon ada bagitau hati-hati siapa yang tinggal dalam dorm kami tu. Masa orentasi tu pun banyak cerita-cerita mistik pasal institut tu yang kluar, ada yang kena histeria la, kena tindih masa tido la, sampai ada yang nak balik rumah sebab tak tahan kena ganggu. Mulanya aku tak ambik endah sangat apa yang mereka cakap dan ceritakan sehinggalah  kejadian yang akan aku ceritakan ini akan mengubah persepsi aku pada mereka.

Penggal pertama kelas telah bermula. Seperti biasa bila habis ja kelas pada waktu petang semua orang akan balik ke asrama dan berehat sementara menunggu ke surau untuk solat magrib. Entah kenapa hari tu aku rasa sangat letih dan tertido masa dekat nak magrib, semasa tengah tido aku rasakan katil aku bergoyang2 dan bila aku bangun aku tgok tiada sesiapa pun dalam dorm aku, dengan mata yang masih mengantuk teruk ni aku sambung balik tido tapi kali ni katil aku bukan bergoyang ja tapi bergongcang-goncang macam nak reban, aku dengan kelam kabut ambik baju lari ke surau,sampai je surau terketar-ketar aku ambik air sembahyang. Benda ni tak habis kat situ ja, balik daripada surau aku dangan kawan aku yang berjalan bersama kami nampak susuk tubuh putih berdiri atas bumbung asrama kami dan lesap, rasanya mungkin “dia” sengaja nak uji kami kot. Malam tu aku tak boleh nak tido teringatkan hal yang hal-hal berlaku pada aku , orang lain semua dah nyenyak tido dah. Tiba tiba tengah-tengah malam sunyi sepi boleh pulak ada bunyi budak kayuh basikal roda plastik dalam dorm aku. Bunyi dia macam meronda pusing kat katil aku,masa tu mata aku pejam rapat buat-buat tido je la, sekali bunyi basikal tu berenti betul-betul depan muka aku pulak.

Nak bukak mata pon tak berani masa tu tah apa la yang aku akan nampak kalau aku bukak mata masa tu. Esok pagi tu baru aku cerita dekat budak dorm aku apa yang berlaku dan tak sangka plak rupanya ada jugak budak dorm aku yang dengar  bunyi basikal budak kayuh tu. So ada la saksi cerita aku tu. Seminggu selepas tu ada benda pelik lagi yang jadi, man ni ada beli keychain bola, tapi dh rosak tak boleh nak gantung. Bola keychain dia ni macam guli so malam tu aku dengan man main baling-baling ke dinding acah acah main squash, sekali terbaling kluar tingkap. Dorm kami ni tingkat 3. Memandangkan dah jatuh kebawah hilang tah kemana kami just gelak and tido. Malam tu tengah tido bunyi “tup tap”… “tup tap”.. bunyi yang sama macam kami main bola guli tu baling ke dinding, dalam hati aku mugkin “dia” nak main jugak apa kami main, tak pe lah. Keesokan paginya kami tgok bola guli tu ada dalam dorm kami balik. Mak aihhh .. rajin pulak”dia”kutip. Keadaan bertambah seram bila kawan dorm aku pulak yang kena, ceritanya kawan aku ni sakit perut malam-malam jadi dia nak pegi membuang apa yang patut la.

Macam korang semua tau la kan,tinggal di asrama ni biasa lah sakat menyakat tu, tandas kami open air bahagian atas. So tgh mandi ada ja orang nk ambik gambar , tengah berak pon orang nak ambik gambar..jadi masa dia nak melepaskan hadas besar tu, dia jugak jeling-jeling ke ats kalau kalau ada yang nak curi curi ambil gambar dia, tp dia bijak skit dia siram air atas lantai so biasan dari air yang basah di lantai tu nmpak la kalau ada orang yang cuba intai dia dari atas, sekali yang dia nampak bukan orang tapi tah kepala apa rambut panjang, muka hitam tengah tgok dia. Tak cukup tanah dia lari masuk dorm,Sminggu ambik mc tak datang kelas. Ada satu hari tu kami ditegur untuk pendekkan rambut sebelum masuk kelas keesokannya, so malam tu kami ni potong sendiri je la pakai mesin rambut yang kami ada. Sbelum potong pendek tu bermacam gaya la dibuat, potong tengah saja la, potong bulat la dengan gaya yang lucu bagai. Ramai yang bergelak ketawa sebab tgok gaya rambut masing masing yang pelik-pelik.Bila rambut dah macam tu kami ambil gambar untuk seronok seronok dan kenangan tapi tak sangka plak dalam gambar tu ada yang “menumpang”, matanya merah menyala dan botak..  kami bagitau dan tunjuk pada pihak pengurusan berkenaan gambar tu  tapi kami di suruh padam gambar tu serta rahsiakan perkara ni.

Perkongsian daripada Suhaimi.

What do you think?

Written by suhaimi

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kerasukan Di Kem

Kondo Istana Pulau Langkawi