in

Diganggu Pocong

Kejadian ini terjadi pada tahun 2019 lebih tepatnya lagi pada malam pertama raya. Sejurus selepas Azan takbir raya berkumandang, aku rasa macam tak sedap hati lagi-lagi selepas pulang dari surau aku melalui pokok ara. Memang bercampur aduk lah perasaan aku masa tu nasib baik adik aku ada ikut sama.
Nak dijadikan cerita, adik aku ni ajak lah aku pergi tengok ayam dia aku pun iyakan ja lah. Tetapi semasa kami nak pergi ke kandang ayam, dia kami terdengar macam ada bunyi orang tengah makan. Aku pun pergi lah cek dan aku ternampak makhluk yang tengah memakan ayam adik aku dan lantas aku berlari masuk kerumah berlari menuju pintu rumah. Setelah kami masuk kedalam rumah, aku tanya adik aku “dik kau nampak apa yg abng nampak tadi?” Dan dia menjawab “Pocong”. Setelah mendengar jawapan adik aku, bulu roma aku meremang memang betul lah apa yang aku nampak tadi. Aku berfikir bahawa semuanya sudah berakhir tetapi gangguan-nya tidak sampai di situ. Adik ku memberitahu keluarga aku dan mereka mengetawakan apa yang di katakan adik aku tiba-tiba kami semua terdengar seperti pintu rumah kami dihentak dengan kuat seperti ada yang ingin membuka secara paksa. Ayah aku menyuruh kami untuk jangan membuka pintu dan membaca ayat ayat suci dan setelah membaca ayat-ayat suci, bunyi itu pun berhenti dan kami sekeluarga pun tidur bersama-sama untuk mengelak benda tu menganggu kami sekeluarga.

Perkongsian daripada Dezry.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cu…Nak Lagi?

Cahaya Akan Datang (Part 1)