in

Diganggu Oleh Penunggu Hutan – Si Menyerupai

Nama aku Harry berasal dari Sarawak. Biasa orng panggil nama aku MC. Disini saya ingin berkongsi satu kisah seram yg di ceritakan oleh orang kampung saya minta maaf kerana kisah ini bukan di alami oleh saya. Tapi sebagai orang kampung yang sekampung dengan si empunya cerita. Jadi tak salah lah saya nak kongsi serba sedikit yang saya tahu tentang kisah seram yang di alami oleh mereka. Kisah ni diceritakan dari pekerja pembalakan hutan tebal, hutan tu berdekatan sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Mengikut daerah dari Sarawak Malaysia dengan Kalimantan utara Indonesia. Nama hutan tu saya tak tahu tapi memang mempunyai kisah seram di sebalik hutan itu.

Mengikut dari kisah orang kampung yang di sana banyak kisah mistik yang di ceritakan. Itu pun saya dengar dari mulut orang kampung sana. Betul atau tidak saya tidak berapa ingin tahu. Cerita ni bermula di mana ada tiga orang pembalak yg di ganggu oleh penunggu hutan, mereka bertiga ni bukan orang asal sana. Mereka bertiga hanyalah bekerja untuk kontrak membalak selama sebulan di sana. Mereka jugak bukan saudara tapi hanya sahabat, dua orang berbangsa Bidayuh dan seorang lagi berbangsa Bugis. Mereka bertiga di beri kan tempat tinggal jauh di pendalaman hutan, memang agak sukar untuk melalui jalan untuk menuju ke rumah sewa mereka.

Rumah ni khas di sewa untuk mereka bertiga. Boss yang bayar rumah tu, boss mereka ni pula memang jarang jumpa mereka, kalau ada hal penting barulah diorang menghubungi boss. Masa kejadian tu terjadi, mereka mula bekerja pada waktu senja. Kebetulan boss mereka ingin berjumpa dengan diorang ni sebab nak bagi minyak chainsaw dengan bekalan makanan untuk mereka. Maklum lah jauh dari pekan, dah lah hutan tebal jalan berturap lagi. Sebenarnya sebelum mereka hendak pergi ke sana anak buah boss sudah cakap dengan boss ni kalau hutan kat sana tu memang bnyk kejadian yang pelik² terutamanya waktu malam. Siapa tak biasa tu boleh terkencing dalam seluar di buatnya.

jadi si boss ni terlupa nk bagitau kat mereka bertiga ni. Mungkin boss diaorang ni tak mau mereka ni takut. Macm biasa tugas mereka mencari kayu balak untuk di tebang dan akan ada bulldozer menarik kayu itu nnti. Sebenarnya terdapat kumpulan lain lagi yang ada dekat sana tapi agak jauh jugk dari mereka. Si pembawa traktor tu orang asal Indonesia dia jugak baru kerja bawa traktor ni adalah dalam tiga hari, tapi tak tinggal serumah lah sebab dia dengan kumpulan yang lain. Selepas mereka ni bekerja diorang ni pulang lah kerumah. Waktu mereka pulang ni pun waktu jam 5 petang, dari tmpt kerja tak jauh dari rumah jadi jalan kaki ja lah.

Semasa mereka tengah berborak sambil berjalan mereka tersempak dengan orang kampung asal sana. Orang ni peramah sangat. Jadi diorang ni senyum lah dengan orang tu. Semasa mereka bertembung, salah seorang berbangsa bidayuh tu senyum, tapi tiba2 rakan mereka yang berbangsa Bugis ni menyiku kawan dia ni. Katanya dia “tu bukan orang”, dua orang tu pun hairan kata seorang tu “apa kau cakap ni? kau nampak hantu kah?” Orng bugis tu kata “bukan lah, tadi aku nampak orang tu lain macam sebab dulu atok saya ada kata kalau kita lalu kat hutan tebal dan tersempak dengan orang yg kita tak kenal itu bukan orang, lagi2 jam 5 petang macam ni sebab atok saya dulu pun seorang pengamal ilmu sihir,tapi sihir untuk mengubati orang lah”.

Jadi mereka tersenyum. Orng bugis tu senyum jgk. Diorang dua berbangsa bidayuh ni tahu kalau rakan mereka berbangsa bugis ni suka bergurau kasar lain macam gurau. Tapi hakikatnya apa yang dikatakan oleh rakan mereka berbangsa bugis itu memang benar. Selang beberapa minit kemudian mereka tersempak lagi dengan orang kampung sana. Kali ni siap bawa senapang lagi. Jadi mereka terkejut sebab sebab orng lalu sebelum ni memiliki wajah yg 100% mirip dengan orang yang sekarang mereka lihat depan mata. Pakcik tu tegur lah mereka “kalian baru balik dari hutan ya” jadi orang Bugis tu cakap “om kami baru habis kerja jadi mau pulang kerumah..” Pakcik tu kata “oh saya jugak mau pergi ke atas bukit dulu mau memburu” walaupun rasa panik tapi diorang acah acah normal, sebelum berlalu.


Selepas tu dua orang tu ketakutan. Orang Bugis tu senyum ja “kan aku sudah cakap kamu masih lagi anggap itu satu gurauan”. Sebenarnya di kawasan hutan/kampung tu memang banyak orang yang masih membuat ritual pemujaan, lagi2 orang kampung sana tu bukan orang biasa. Mereka menyimpan banyak sejarah. Salah satunya sejarah membunuh orang belanda beramai². Di kampung  tu mmng agak tradisional sepertinya mereka masih mengamalkan zaman adat resam mereka. Bangsa yng tinggal di sana tu pun bukan bangsa yang asing. Selalunya mereka di sebut sebagai bangsa maluku memang jenis bangsa ni sangat di takuti..


Maka habislah kontrak sebulan mereka di disana, mereka bertiga ni pulang lah di kampung masing2 syukur selama mereka membalak di sana tidak ada yang kacau atau di rasuk. Ni semua sebab kawan mereka yang berbangsa Bugis tu. Selama mereka tinggal di sana dia sudah membuat satu pangkal untuk mengusir semua semangat jahat. Dia buat tu semua secara diam2 sebab sebelum mereka mulai mendapat projek di kawasan hutan tebal antara sempadan tu, dia sudah awal2 tahu kalau di sana tidak ada satu pun kampung kecuali sebuah rumah sewa yng mereka tinggal. Sekian terima kasih.

-MC

Perkongsian daripada Harry.

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dua Suara Ketika Mendengar Ayat Suci Al-Quran

Gangguan Di 7E