in

Diganggu Nenek Kebayan

Saya nak ceritakan pengalaman saya di asrama. Tak perlulah saya beritahu asrama mana. Selapas balik prep, saya naik ke dorm untuk berehat. Usai membaca surah al mulk, saya dan rakan saya semua masuk tidur. Rakan-rakan saya ada yang nak ke tandas. Dorm saya ada 16 orang. Hampir 6 orang rakan saya pergi ke tandas. 10 org lagi dah tidur. Saya cuba melelapkan mata sambil melihat rakan-rakan saya yang lain pergi ke tandas. Saya ni jenis yg suka tidur tutup kepala dengan selimut, tiba-tiba saya rasa seperti dihimpit oleh sesuatu hingga saya tak boleh bernafas. Saya cuba membaca ayat kursi di dalam hati. Mujurlah, himpitan tersebut semakin hilang. Saya berasa sungguh lega. Tapi, tidak berakhir disitu, ketika saya cuba mengubah posisi baring ke mengiring saya ternampak susuk tubuh yg sedang membongkok memerhatikan saya dalam kegelapan. Wajahnya seperti nenek kebayan yang bertongkat yang sungguh mengerikan. Dalam sekelip mata, ia hilang begitu sahaja. Saya membaca doa dan teruskan tidur saya.
Saya menceritakan pengalaman saya kepada rakan dorm yang lain. Mereka turut berasa seram dengan apa yang saya lalui. Itu sahaja, saya harap ia menjadi cerita tambahan di dalam kupi go seram. Kupi-Kupi Go ️Menarik Setiap Hari.

✌

Perkongsian Daripada Adli.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pontianak Di Sehari Sebelum Puasa

Pocong Di Dalam Rumah Mak Tok