in

Diganggu Makhluk Halus Ditempat Sewa

Selamat pagi Ikram saya Nizam daripada Kota Kinabatangan .Hari ini saya mahu berkongsi cerita seram “Diganggu Makhluk Halus Ditempat Sewa”di *****.

Saya pendekkan cerita ,aku adalah pelajar skm pengurusan pejabat dan akan menjalani latihan industri di Pejabat Daerah Kinabatangan. Hari berganti hari dan bulan tmat sudah Latihan itu selama 3bulan. Sebelum aku naik ke kk untuk menghantar laporan aku ada memaklumkn kepada rakan saya yang memang bekerja di kk untuk menginap ditempat mereka dalam beberapa hari shaja dan dia bersetuju. 5/7/2018 adalah tarikh aku naik di kk dan menginap ditempat mereka,tiba saja disana aku dijemput masuk dan bergaul macam biasa.

Aku pergilah ke kolej macam biasa hari tu dan selesai urusan institut aku blik trus dibilik sewa. Pening juga kepala tinguk keadaan bilik yang kecil tapi yang tinggal 5 orang termasuk aku. Aku ambil keputusan untuk cari bilik di Padang Merdeka. Aku memang target esok aku kena cari bilik sewa dan alhamdulilah selepas balik dari institut aku pun dapat tempat baru sudah. Kebetulan juga orang yang aku jumpa tu memang aku kenal dia seorang aunty cina.
Aku masuk kerumahnya dan berbincang, dia setuju bagi aku menyewa disitu tapi tidur diruang tamu dengan bayaran rm150 sebulan sebab semua bilik sudah penuh (4 bilik sahaja dalam 1 buah rumah) dan diruang tamu itu juga ada sebuah tapikong cina (besar). Aku setujulah selepas tu aku terangkan kepada rakanku yg aku nak pindah bilik dan mereka tidak melarang asalkan aku selesa disana kalau ada masalah “contact2 sja bilang kawanku”. Akhirnya aku pun pindah sudah, Dalam tempoh seminggu tinggal disitu laporan ku pun selesai. Aku ambil keputusan untuk terus bekerja di kk. Setiap hari aku isi dan hantar borang permohonan mungkin rezeki salah satu permohonanku di 7 eleven gaya street (berdepan wisma merdeka) diterima.
Disini bermulanya kisah ganjil yang aku alami, Masuk 2 minggu aku menyewa disitu ada sudah gangguan mahkluk halus. Pagi tu aku baru balik kerja dan Aunty cina tu cakap “boy sdh balik aunty keluar dulu pergi penampang “Yalah aunty.” aku menjawap. Selepas aunty tu keluar aku buat air minum(indo café)hbis saja aku minum aku buat lagi satu gelas (bertutup) dan letak diatas meja. Aku t’tidur lah sekjap yang peliknya air tu sudah kosong selepas aku terbangun. Aku yakin cuma aku seorang saja dirumah penyewa lain akan balik sebelah petang lagipun masa menunjukkan jm12 lbih kalau aku tak silap masa tu.
Bukan disitu sja saya kena ganggu Ikram ,Kalau saya tidak silap sebulan lebih bgitu saya masih lagi tidur diruang tamu. Dan yang paling ganjil saya termimpi ada lembaga orang tua (perempuan Hitam) melempar kucing di kaki kiri saya dan selang beberapa minggu kaki sabelah kiri saya tidak boleh gerak sebab urat sakit bilang doctor(Queen Elizabeth) tempat saya berubat.
Saya bersyukur jugalah dalam tempoh 2 atau 3bulan begitu kakak dibilik tengah tu pindah cari bilik lain hahaha … ada peluanglah saya ttidur didalam bilik.Ini lagi paling teruk ikram,dalam bebrapa bulan didalam bilik tu saya dapat mimpi jelmaan ular hitam masuk dari jendela dan terus berada ditepi kanan saya (waktu tidur)saya terjaga benda tu hilang dan badan susah mau bergerak ,baca ayat2 suci baru boleh.Aku tanya mamaku untuk tinguk tu mimpi dia bilang tapikong cina yang berada dirumah itu ada makhluk halus disebabkan berlainan agama itu sebabnya ia mengacau.Mamaku cakap baca ayat suci dan jangan cakap besar sebb benda tu selalu disitu meninguk.Aku dengar nasihat mamaku dan ambil langkah berhati2 dengan mahkluk halus begini.Masih lagi aku kena ganggu ikram ini,malam tu aku bermimpi lagi lembaga orang tua(perempuan hitam )dan kucing hitam bermain dibilik tu.Lembaga tu datang kepada saya terus ditamparnya mukaku dan terjagalah aku mungkin makhluk tu tahu dan marah sama aku.Sejak kebelakangan tu,aku selalu sja ada sakit,sakit gigi,kepala,dan bergaduh ditempat kerja.Aku Ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampong.Seram juga tpi ini makhluk halus kena percayalah.Terima kasih ikram.
Note :Maaf ayat karangan tidak seberapa baik.

Perkongsian Daripada Nizam.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Kuartes JKR

Misteri Tanah Perkuburan