in

Dicekik Dalam Mimpi

Asalamualaikum ekram.Saya Hahaz(nama samaran).Berasal dari Kuala Lumpur.Saya nak share satu kisah yang lama jugak saya pendam di dalam hati .

Kisah ni bermula pada tahun 2015, ketika saya berumur 13 tahun yang sedang bermalam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Ketika itu, saya bermimpi bahawa keesokan harinya pada waktu malam,saya akan secara tiba – tiba balik ke Kelantan kerana pakcik saya jatuh sakit. Pada masa yang sama saya melihat beberapa situasu yang berlaku di Kelantan.

Antaranya,family kami terserempak dengan gajah gergasi yang melintas di jalan raya berdekatan dengan sempadan daerah dabong,saya terlihat banyak makhluk halus yang seakan-akan mengekori kereta family saya dan diganggu oleh puntianak ketika sedang tidur.

Tak saya sangka, mimpi tu menjadi kenyataan apabila mak saya mendapat panggilan daripada adik mak saya bahawa pakcik saya telah jatuh sakit akibat stroke. Pada ketika itu,saya agak tidak percaya bahawa mimpi saya alami pada hari semalam.

Jadi,lepas dapat panggilan tersebut,ayah saya memutuskan bahawa untuk balik ke Kelantan pada malam selepas dapat panggilan tu.Nasib pada ketika itu,family saya memang telah bercadang untuk balik ke Kelantan selepas balik dari Negeri Sembilan.

Pada malam itu,kami sekeluarga bertolak dari Negeri Sembilan pukul 8:30 malam.Ketika jarum jam menunjukkan  12:45.Saya tersedar dari tidur dan saya terlihat satu lembaga putih dari pantulan cermin belakang kereta ayah saya seakan-seakan mengekori kereta kami. Saya pun hanya mampu menutupkan mata dan beristigfhar di dalam hati. Lebih kurang sejam,saya beranikan diri untuk membuka mata dan alhamdulillah lembaga putih tu hilang dari pandangan.

Kami sekeluarga berhenti berehat sebentar di RnR Benta pada pukul 3:45.Kami meneruskan perjalanan kami sehinggalah sampai di satu sempadan daerah Dabong.Saya,mak saya dan ayah saya terlihat kelibat satu lembaga hitam misteri serupa dengan bentuk badan gajah tetapi saiznya 2 kali ganda dari gajah biasa melintas di sisi kereta kami. Pada masa itu,saya semakin yakin bahawa mimpi yang saya alami menjadi satu realiti selepas saya mengalaminya sendiri. Selepas tiba nya di Kelantan iaitu di Kampung Gondang, Kota Bharu,Kelantan. Family saya mengambil keputusan untuk menetap sementara di sana selama 4 hari 3 malam.

Pada hari yang ketiga sebelum kami sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur. Pada malam itu,saya telah bermimpi sekali lagi,bahawa saya akan didatangi oleh satu lembaga putih yang sama mengekori kereta ayah saya mahu membunuh saya dengan cara mencekik.

Pada masa yang sama saya dicekik di dalam mimpi,saya tersedar dari tidur dan saya nampak sendiri dengan mata kepala saya sendiri, memang betul apa yang saya alami dari mimpi ketika di Negeri Sembilan dan Di Kelantan. Pada ketika saya dicekik tu, bagaikan nyawa di hujung tanduk. Saya sempat membaca ayat kursi sebelum dia hilang begitu saja dari pandangan saya. Mata saya perlahan-lahan menjadi kalbu dan hitam.

Saya menceritkan kisah dicekik ni pada mak saya dan atok saya telah memanggil ustaz untuk merawat saya but alhamdullilah saya keadaan sihat wal afiat.

Saya harap kisah saya ni boleh dipaparkan di Kisah Misteri. By the way,Keep Going with your channel sempat saya always support Kupi Kupi Go since sejak 30k subscriber.Goodluck Ekram.

Kisah Ini Adalah Perkongsian Hahaz.


What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Teman Ghaibku Diatas Bukit Ikut Ke Kolej

Diganggu Ketika Menjaga Nenek di Hospital