in

Di Ekori Makhluk

Hai nama saya Luke(bukan nama sebenar). Saya berasal dari Sabah. Kisah yang saya akan kongsikan ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Waktu tu saya bersama kawan saya Minah(bukan nama sebenar) dan Ham(bukan nama sebenar)merancang lepak di rumah si Ham. Rumah c Ham ni terletak di hujung kampung dan dikelilingi kawasan pokok getah dan hutan. Jadi kami pun lepak seperti apa yang kami rancang. Seperti biasa saya akan memanggil si Minah di rumahnya kerana dia ni susah sikit kena kasih benar jalan.

Kalau ada saya ja baru mama dia kasih benar. Selesai memanggil Minah. Kami pun jalan menuju ke rumah Ham. Kami terpaksa lalu di kawasan hutan yalah sudah rumah si Ham ni terletak di kawasan pokok getah. Sewaktu berjalan ke rumah si Ham ni, saya tetiba rasa lain macam tapi saya diam kan sahaja sebab saya ni sudah biasa dengan keadaan begini. Saya memang boleh nampak benda-benda begini sebab keturunan sebelah nenek saya dulu ada kebolehan untuk nampak benda-benda halus. Berbalik kepada cerita, Si Minah ni sedar yang saya rasa sesuatu. Lepas tu dy cakap sama saya “Luke saya period ni”. Dengar ja dia cakap begitu terus saya baca sesuatu ayat yang saya kena ajar.

Habis ja saya baca terus saya tarik tangan si Minah dan jalan dengan laju. Si Minah ni pun ikut ja sebab dia tau. Sampai ja di rumah si Ham terus kami bagi salam dan masuk buat seperti tiada apa-apa. Waktu kami sampai di rumah si Ham jam sudah menunjukkan jam 6 lebih. Kejap lagi azan maghrib. Terus kami bertiga pun lepak lah. Kami lepak di kaki lima rumah si Ham sebab family si Ham ada di dalam. Jadi kami pun lepak sampai jam 9 lebih. Waktu lepak tu,kami ketawa kuat sebab si Ham ni pandai buat lawak. Dia ni memang suka buat lawak dari kami kecil lagi.Tapi time kami ketawa tu saya perasan ada yang tinggu kami.

Tapi saya abaikan sahaja.Sebab si Ham pernah kasih tau yang tangga di depan rumah dorang tu ada seorng orang tua tinggal. Jadi saya biar kan ja benda yang tinggu kami. Kami balik ke rumah waktu tu jam 9.40 pm. Dalam hati saya”Haishh terpaksa lagi lalu di hutan”. Lepas kami bersalam-salam sama family si Ham, kami pun balik. Dalam perjalanan, dengan di teranggi flashlight telefon kami pun jalan di hutan. Sewaktu berjalan saya merasa persaan yang sama seperti kami datang di Ham tadi. Saya rasa ada yang ikut kami. Saya pun diam ja sebab si Minah ni penakut orang ya. Kalau saya kasi tau dia nanti dy menangis ketakutan.

Jadi saya diam kan sahaja. Sampai di rumah si Minah saya pun suruh dia pergi kasi bersih badan dulu. Yalah sudah time tu dia period jadi mesti mandi dulu. Lepas tu saya balik ke rumah saya. Jarak ruma saya sama si Minah ni lebih kurang 100 meter. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya, saya dengar seperti ada yang ikut saya. Dia seperti meniru pergerakan saya. Saya berhenti dia berhenti. Saya jalan dia pun jalan. Dalam hati saya kalau saya menari dia pun ikut kah. Tiba-tiba seekor anjing jiran saya menyalak. Saya terkejut lah sebab sedang saya main telefon tetiba dia menyalak. Terus saya tinggu tu anjing.

Tapi yang lebih mengejut kan saya itu anjing menyalak tapi bukan memandang saya. Dia memandang di belakang saya.Terus saya tinggu belakang.Alang kah terkejut nya saya nampak sekujur tubuh tapi muka dia tidak jelas. Dia seperti bercakap sama saya. Apa yang dia cakap amat membuat saya terkejut.”Kau buat makanan saya terlepas”. Lepas ja dia cakap begitu terus saya baca surah-surah yang terlintas di hati saya terus lari balik kerumah. Sampai ja di rumah saya bersyukur sebab family saya belum lagi tidur. Saya terus ke bilik mandi dan mandi. Sewaktu saya mandi, saya dengar ada orang becakap.”Sebab kau aku kelaparan”dengan suara keras.

Lepas ja dia cakap begitu terus dia ketawa mengilai. Hilang ja suara dia terus saya temuntah. Tapi saya yakin dia tidak dapat masuk ke rumah saya sebab nenek saya sudah pagar semua kawasan rumah kami. Terima kasih sebab sudi baca cerita saya walaupun cerita saya tidak menyeramkan seperti cerita orang lain dan agak tidak masuk akal tapi ini lah salah satu pengalaman saya.

Perkongsian daripada Luke.

What do you think?

Written by Malique Ryle

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pesanan Makanan Dari Rumah Tinggal

Legenda Kinabalu Part 2