in

Dengan Siapa Yang Aku Berbual?

Salam semua. Nama saya Farah, berasal dari singapura. Saya ada pengalaman seram yang ingin saya kongsi bersama. Kejadian ini berlaku pada tahun 2011. Pada ketika itu, saya tidak lagi bersekolah , malah saya bekerja. Waktu saya pulang dari kerja, pada ketika itu sudah lewat. Selalu kalau saya bekerja shift petang, akan pulang pada jam 1030mlm. Rumah saya jauh dari tempat bertugas, jadi saya pulang menaiki mrt & bus. Jam hampir menunjukkan tepat 12mlm.

Saya baru sampai di rumah. Setibanya saya membukak pintu, saya terkejut melihat ibu sedang duduk di ruang tamu dalam gelap. Lalu saya bertanya “kenapa ibu duduk dalam gelap ? Tak tidur lagi ?” Ibu hanya memandang ke arah tv, dan diam sahaja. Saya tidak hiraukan, lalu masuk ke tandas untuk mandi. Setelah selesai mandi, saya ke dapur untuk makan sedikit. Tiba² hp saya berbunyi. Saya check message yang mengatakan,

“Ibu dan abah pergi balik kampung , ada kecemasan , besok malam baru balik”. Saya hampir² nak pengsan waktu itu. Siapakah yang saya berbual dengan tadi ? Rumah saya tidak ada orang pada waktu itu kerana semua kerja. Saya terus keluar rumah , dan tumpang tidur di rumah jiran saya. Perasaan takut , hanya Allah jer yang tau. Itu saja yang ingin dikongsikan. Terima kasih sudi membaca.

Perkongsian daripada Farah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suara Siapa?

Gangguan Jin Bayi Di Asrama