in

Dah Ingat ke Dah Tahu?!

Hi nama aku naz . Skarang ni aku nk crita tntng kisah kawan aku . Aku asl Kuching,Sarawak . Okay aku mulakan cerita . Aku tahu cerita ni mcm klisyer ckit tapi ni memang betul terjadi kat kwn aku . Mungkin korang prnh dgr cerita ni.

Aku ada kawan nama dia Nik Najiha , dia ni memang rajin laa boleh dikatakan macam tu , dia ni slalu study smpai lewat mlm , kalau dia tengah study dia akan ajak aku vc dgn dia . Suatu hari tu dia ni prgi study kat perpustakaan , (entah perpustakaan mana) , so mcm biasa laa kita dua orang akan vc , lama juak laa , aku pun tak tahu jam berapa dah waktu tu , so aku cakap kat dia ” nik , aku ngantok laa aku end vc dulu eh?” dia balas “hmm yela !” lepas tu aku tanya lagi “takpe ke kau study sorang ? Ada org lain tak dekat ps tu?” dia jawab “xpe aku oky , ada lagi org kat sini ” , so aku pun end laa vc tu .

Then aku tidur (aku rasa kwan aku study kat ps berdekatan rumah dia kot)

Selalunya , setiap pagi aku akan terima mesej daru dia , tapi pagi ni tak pulak , hmm aku pun pelik laa jarang dia tak mesej aku awal pagi macam ni . Aku pun risau laa , aku call laa mak dia (dah nama pun kawan rapat mesti ada nombor mak, hihi).  Aku tanya mak dia “aunty , nik ada kat rumah tak ?! , hehe saja tanya rindu laa” , pastu mak dia jawap ” oh naz , takde laa naz , aunty ingatkan nik tidur rumah kamu malam tadi , dia tak balik laa malam tadi ” , pastu aku panik sbb nik tak pernah tak balik rumah , so aku tanya lagi mak dia “aunty cuba check dkt perpustakaan yang dekat dengan kawasan rumah aunty , sbb malam tadi saya ada vc dengan nik , tapi saya terpaksa endcall sbb saya ngatok , tapi sebelum saya endcall saya ada tanya dia , ada org tak dekat situ , dia kata ada so saya pun endcall . Pastu mak nik pun senyap , “baiklah aunty pergi tengok dulu”

Dalam 30 minit lepas tu , mak nik call aku balik , dia beritahu aku yang dia jumpa nik pengsan kat ps tu sorang ii , aku pun bergegaslaa pergi rumah nik , aku tengok nik sedar tapi dia dalam keadaan menggigil , aku cuba tenangkan dia . Selepas kes tu nik Deman teruk dan dia taknak cakap dengan sesiapa pn kecuali aku , setiap hari aku pergi lawat dia , apabila keadaannya semakin pulih , aku pun slow ii laa tanya dia tntng kes malam tu macam mana dia boleh tidur kau pstu tu .

Dia kata kat aku “aku bukan tidur laa naz , masa lepas kau endcall aku tu , aku pun teruskan laa study samapilaa tinggal aku dengan oneguy ni , semua orang dah balik dah waktu tu , aku rasa jam pun dah lewat jugak tapi aku tak tengok jam berapa , (dia senyap tiba ii).  Aku tanya dia lepas tu , dia sambung lagi “aku buat satu soalan ni then aku tam faham , aku tanya laa guy tu tadi , masa aku nak pergi kat dia aku takde pun perasaan malu , aku cakap kat guys tu ” kak , macam mane nak jawapan soalan ni eh ? , (akak tu tengok aku) , aku tengok akak tu takde kaki , aku cakap lagi kat akak tu , takpe laa kak dah ingat macam mane nak jawap , aku senyum ketakutan masa tu pastu aku cepat ii kemas barang nak balik sbb aku tahu akak tu bukan orang , then akak tu senyum tengok aku dan dia kata “dah ingat ke dah tahu” , aku pun cepat nak lari dari situ tapi malang nya aku pengsan sbb akak tu halang aku depan pintu pstu ” .

Aku tergamam je dengar cerita kawan aku , so lepas kejadian tu dia dah tak study dekat mana ii ps lagi dah pada waktu malam , sampai sekarang dia trauma belajar waktu malam.

Sekian itu sahaja cerita saya untuk masa ini , maaf jika cerita saya ni ada menyinggung perasaan mana ii pembaca , maaf jika tak faham apa yang saya tulis , maklumlaa saya ni bm failed hihi , lagipun bahasa sarawak dengan bahasa melayu memang jauh bezanya dan cara kami text perkataan pun agak berbeza , saya harap pembaca semua faham, dan saya ingin memohon maaf lagi jika cerita ini nampak mcm bohong sbb sya pn pernah jugak dgr cerita mcm ni dulu , then terjadi dkt kawan rapat saya. Ada masa kita jumpa lagi nanti , wassalam

Perkongsian dari Nurnazurah

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Terbuka Hijab

Penyesalan Aku