in

Cu…Nak Lagi?

Ceritanya bermula ketika 6 orang pelajar lelaki membuat sebuah bulatan di tengah-tengah bilik mereka pada pukul 1:00 pagi. Sudah 30 minit berlalu, 4 orang sudah bercerita kisah seram mereka. Kini giliran yang kelima untuk bercerita pula namanya ialah Fikri. Dia menceritakan kisah seramnya yang hanya dibuat-buat sendiri agar lebih menyeramkan untuk dikongsi. Kisah beliau bermula dengan menceritakan seorang pelajar di sekolah mereka itu dahulu pernah mengalami gangguan apabila pertama kali masuk ke sekolah itu. Pada waktu itu dia dan seorang pelajar lagi adalah orang yang mula-mula menjejakkan kaki di bilik itu. Jadi pelajar yang lain akan masuk kemudiannya atau keesokan harinya kerana mereka mendaftar sehari lebih awal di sekolah itu. Setelah beberapa minit ibubapa mereka mula meninggalkan mereka dan berangkat pulang kerumah, dia mulalah perkenalkan namanya iaitu Amir dan pelajar satu lagi memberitahu namanya ialah Izmir dan mulalah mereka berbual tentang diri mereka sambil mengemas barang mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam iaitu sudah waktunya mereka tidur tetapi mereka tidak boleh tidur disebabkan mereka pertama kali masuk di asrama itu dan hanya mereka berdua sahaja yang ada, jadi mereka berbual sampai mereka mengantuk. Katil di situ sangatlah banyak hampir 12 katil jadi mereka tidur bersebelahan dihujung penjuru. Apabila jam menunjukkan pukul 12:00 tengah malam, Izmir sudahpun terlelap manakala si Amir sukar untuk tidur dan pada masa itu Amir sangatlah lapar kerana dia tidak makan dari petang tadi jadi perutnya berbunyi. Puas dia memikirkan apa yang harus dia lakukan tiba-tiba dia terdengar seorang perempuan dengan suara yang lembut dan halus suaranya memanggil “Nasi Lemak…Nasi Lemak…” Amir yang kelaparan sangat terkejut kerana masih ada yang menjual makanan pada larut malam begini tetapi kerana perutnya yang lapar dia bertekad untuk membelinya lalu dia pun keluar menoleh ke kanan dan ke kiri mencari untuk memanggil perempuan itu. “Cik, saya nak satu nasi lemak. Ada lagi tak?” Lalu perempuan itupun menjawab “Ada dik.” Dan Amir pun membelinya lalu masuk kedalam untuk memakannya. Ketika memakannya,dia tidak berhenti kerana nasi lemaknya sangatlah sedap. Tiba-tiba Izmir terjaga kerana ingin pergi ke tandas, alangkah terkejutnya dia ketika melihat Amir sedang memakan ulat-ulat dengan ayam yang mentah masih berdarah! Dia menjerit “Amir! Apa kau makan tu!?”

Lalu Amir terhenti dari memakan makanannya dan seperti tersedar dari lamunan dia terkejut dan menggeletar apabila melihat didepannya penuh ulat ulat mayat dan ayam yang penuh darah yang berbau bangkai. Izmir cuba menghampiri Amir untuk membawanya ke tandas untuk dibersihkan lalu pergi ke pondok pengawal untuk melaporkan hal itu. Alangkah terkejutnya dia ketika hendak pergi ke pondok pengawal, Amir melihat seorang perempuan dengan muka yang sangat hodoh, bermata merah, rambut panjang dan berbaju kebaya sambil memegang bakul duduk disebelah Amir. Dia memandang Amir dan berkata…”Cu…cu… nak lagi?” lalu perempuan itu ketawa mengilai. Mereka cepat-cepat lari dari situ walaupun lutut mereka menggeletar, mereka mencari orang disekitar situ  sambil menjerit “Tolonggg! Tolonggg!” Seorang pengawal terdengar jeritan mereka itu lalu menuju ke arah suara mereka. Mereka berjaya diselamatkan dan kemudian mereka dibawa ke hospital dan setelah itu dibawa pulang ke rumah keluarga mereka pada malam itu juga. Kawan-kawan Fikri seperti tidak percaya kerana mereka tidak pernah mendengar kisah itu dari mana-mana pelajar senior. Fikri berkata ianya adalah cerita benar dan dia bersumpah bahawa kalau kisah itu palsu dia akan dihantui nanti. Setelah habis semua cerita kisah-kisah mereka, jam masa tu menunjukkan pukul 1:50 pagi, Mereka semua mula bubar dan rebah ke katil masing-masing untuk tidur manakala katil si Fikri pula berada bersebelahan dengan pintu bilik. Fikri mula melelapkan mata sedangkan semua kawan-kawannya sudah pun dibuai mimpi. Ketika ingin tidur, dia terdengar ada orang sedang berjalan diluar biliknya iaitu di kaki lima dengan perlahan-lahan melintasi tingkapnya kemudian ada suara mula berkata “Nasi Lemak…Nasi Lemak…”Dia mula teringat kisah yang dia reka itu sama dengan apa yang terjadi masa tu. Dia mula tidak senang hati dan air peluh mula membasahi dirinya. Dia cuba memanggil kawan-kawannya satu demi satu tetapi semua sudah lena dibuai mimpi. Tiba-tiba dia terdengar langkah kaki tadi berhenti tepat di belakangnya. Ketika dia melihat ke arah tingkap, ada sosok perempuan sedang berdiri di tingkap itu lalu tingkap itu dibuka perlahan-lahan. Fikri melihat kuku yang sangat panjang sedang memegang nasi lemak daun pisang yang dipenuhi ulat  menerusi tingkap dan lalu ia berkata “Cu, nak nasi lemak?” Tanpa berfikir panjang dia terus menjerit dan membuatkan semua kawannya terjaga dan membuka lampu. Ketika mereka melihat Fikri, dia sudah disampuk oleh sesuatu. Kawan-kawannya berlari mencari pengawal untuk memanggil Ustaz. Tidak lama kemudian, Ustaz pun tiba dan mengubatinya sehingga sembuh. Setelah kejadian itu, Fikri takut untuk berkongsi kisah-kisah seram.

Perkongsian daripada I Am One.

What do you think?

Written by I am one

No

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Puaka Kebun Kelapa Sawit (Part 1)

Diganggu Pocong