in

Cluster 8

Ceritakan ni dah lama aku pendamkan.Ini adalah kisah aku semasa aku kecil.Semasa aku masih lagi 4 tahun,keluarga aku berpindah di sebuah kawasan perumahan di puchong,selangor.Nama tempat ni cluster 8.Rumah yang kami duduk ni biasa-biasa je.Rumah dua tingkat.Ada banyak lagi rumah lain tapi tak semua rumah berhantu.Pemandangan rumah ini cantik tapi di sebalik kecantikkan rumah ini,sebenarnya ada seperti makhluk yang aku tak boleh nampak.Kami pun berpindah masuk ke dalam rumah ini.(Malam pertama)malam pertama aku di rumah ini,masa itu aku sedang tidur.Aku baru nak enjoy tinggal di rumah ni tapi,masa aku tidur,aku rasa macam ada benda menindih kaki aku.Aku buat-buat derk je.Tapi semakin lama semakin menyeram kan gangguan aku ni.Aku pun berfikir dalam hati.”aduh.serabutlah tidur kat sini”.Kata aku dalam hati.Kemudian….Aku terdengar seperti ada yang berbisik di telinga aku.Suara nya garau seolah-olah seperti sedang ketawa.”Hehehehehe”.Aku semakin takut.

Gangguan ini semakin lama semakin menyeramkan.Suara tadi tu semakin kuat.”HAHAHAHAHA”.Aku baca ayat-ayat suci yang aku tahu.Kemudian,suara tu hilang.Tapi belum berakhir lagi.Lantas aku bangun untuk pergi ke bilik air,aku nampak seperti ada lembaga hitam di tepi almari.Aku hanya nampak rambutnya panjang,apabila dia toleh kearah aku,aku terus lari ke arah bilik ibu aku.Aku tidur dengan ibu.(Hari selanjutnya)Hari kedua pun berlaku gangguan yang sama.Termasuk lah hari ketiga,keempat,kelima,keenam,ketujuh dan hari-hari yang seterusnya.(2 tahun kemudian)Dua tahun sudah berlalu,ibu dan ayah aku pun mengalami gangguan yang sama macam aku.Bukan aku sorang lah tetapi seluruh ahli keluarga aku.Selepas aku balik dari taman,masuk waktu maghrib adik aku menangis.Dah lebih kurang 5 hari adik aku macam ni.Keesokan harinnya,Ayah aku panggil dua orang ustaz untuk tengokkan adik aku.Ustaz tu kata dia mahu naik ke atas untuk memeriksa keadaan di atas.Ayah aku pun iya kan saja.Aku pun turut naik ke atas dan ustaz tu melihat ke arah bilik kakak aku.Aku pun turut melihat ke arah bilik kakak aku dan alangkah terkejut nya aku bila aku nampak selimut kakak aku terapung seperti membentuk seorang manusia.Langkah aku kebelakang.

Ustaz yang di sebelah aku baca ayat-ayat suci untuk menghalau makhluk itu.Kemudian aku ternampak lembaga hitam yang sedang merangkak.Seluruh barang-barang di rumah aku dilempar kesana-sini.Aku menjerit ke arah ustaz.”Ustaz.Ustaz!!Tengok tu”.Ustaz di sebelah aku tu melihat makhluk hitam yang sama aku lihat tadi.Makhluk hitam tu bergerak laju ke arah aku.Tetapi…Belum sempat berlaku apa-apa,ayat-ayat suci yang ustaz tadi tu baca dah selesai.Makhluk tu…Makhluk tu pun dah hilang.Semua saat-saat menyeramkan aku di rumah tu dah berakhir.(6 tahun kemudian)aku sekarang dah 12 tahun.Gangguan yang aku alami selama ini pun dah tak ada.Tapi,aku masih rasa ada benda yang tak kena dengan rumah tu.Aku biar kan aja yang sudah berlalu itu.Sekarang,aku pun dah ada kehidupan baru aku dengan keluarga aku.

Perkongsian daripada Ummar Hariz.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kondo Istana Pulau Langkawi

Pengalaman Mengendalikan Rumah Hantu