in

Cinta Mati

“Saya rasa lepas nih kita tak usah berjumpa lagi” kata gadis itu kepada seorang lelaki cina.
“tapi kenapa khadijah? apa salah saya pada awak?”
“aaron tidak ada apa apa salah. cuma.. orang kampung sudah mula bercakap tentang kita. keluarga saya juga sudah melarang untuk kita bertemu” kata khadijah lagi.
“kenapa orang kampung tidak suka bila kita berkawan? apa salah saya?”
“hermm sudah lah aaron anggap saja antara kita sudah tiada apa apa lagi. mulai sekarang awak lupakan lah saya. selamat tinggal” kata khadijah sambil berlalu pergi meninggalkan aaron.
“tidak ! saya takkan lupakan awak! saya tetap akan tunggu awak sampai bila bila! cinta saya hny untuk awak!” jerit aaron. kenapa lah orang tuanya dan orang tua khadijah tidak membenarkan dia berkawan dengan khadijah. adakah kerana dia seorang lelaki cina dan khadijah seorang perempuan melayu?


60 tahun kemudian…
kelihatan beberapa orang sahabat sedang berjalan menuju ke air terjun belatan untuk berkhemah.”weyh cantiknya tempat ni” kata mira.
“yelah cantik lah tempat nih” sambung khai pula.
“eh jap mana mastura?”soal alin.
“mana lagi dok berkepit ngan tunang dia lah tu Anas”.

Mereka pun mula memasang khemah masing2. “eh Alin lawa lah kat atas tu jom teman aku jap” pinta Mastura.
“alaa kau pergilah aku malas lah”
“nak ajak teman pun malas suka hati kau lah aku gi sorang bye”
“dah tua tak payah nak merajuk sangat dah nk jadi bini orang dah pun hahaha” ketawa Alin.

Mastura mula memijak anak tangga satu persatu sambil memegang kamera nya. Akhirnya Mastura tiba di atas. Sungguh lawa pemandangan dari atas rugi Alin tidak ikut. sesekali dia menangkap gambar. tanpa dia sedari ada sepasang mata yang sedang memerhati dengan penuh rasa cinta dan rindu.”Sayang awak dah datang” kata makhluk itu.

“awak dah datang khadijah” kata satu suara di belakang mastura.
terkejut mas apabila disergah begitu. mas menoleh. kelihatan seorang lelaki berkulit putih bermata sepet sedang berdiri di belakangnya.”ermm maaf awak siapa?” soal mastura.
“aaron dah lama tunggu khadijah”
Khadijah? kenapa pemuda ini menyebut nama arwah neneknya. ye muka dia memang seiras dengan arwah neneknya.
“ermm maaf saya kenal awak ker?saya bukan khadijah saya mastura”
“tidak ! kau tipu kau Wan Khadijah! perempuan yang selama ini aku cinta aku tunggu!” pekik aaron.
“maaf tapi, saya rasa awak salah orang Wan Khadijah tu nama arwah nenek saya. saya mastura. muka saya je sama dengan dia.awak salah orang nih”
“penipu! berpuluh puluh tahun saya tunggu awak dekat sini.. tapi, kenapa awak pilih dia?! kata aaron sambil matanya melihat tajam Anas tunang Mastura.

Tiba tiba lelaki di hadapan nya bertukar rupa. mata menjadi merah saga. giginya mula menajam dan panjang. lelaki itu bukanlah manusia! “kau milik aku selamanya!” kata makhluk itu dengan garau. lalu memasuki tubuh Mastura. Aaaa!! jeritan Mastura memeranjatkan Mira, Khai, Alin dan Anas. mereka semua berlari mendapat kan mastura.

Setelah tiba di atas Mas sudah mencangkung sambil bermain main dengan rambutnya. matanya merah menyala. melihat keadaan itu Anas segera membaca ayat ayat suci. “Panaslah bodoh!” jerit Mas sambil matanya tajam memandang Anas. ALLAHUAKBAR ! jerit Anas. Mas rebah. ” korang kita kena bawa Mas ni jumpa ustaz ada benda dah masuk dalam badan dia. kemas barang2 sekarang jugak” kata Anas.Mujur lah ada Khai yang tahu selok belok kawasan ini dan kenal orang orang kampung berdekatan dengam air terjun belatan.

Mereka membawa Mas ke sebuah rumah yang diduduki oleh sepasang suami isteri. melihat dari raut wajah mereka mungkin usianya sudah mencecah 80an.
Dibaringkan Mas di tengah tengah ruang tamu.”ermm sebenarnya pakcik…” belum sempat Anas menghabiskan kata katanya pakcik di hadapannya memotong ” Qhalif.. panggil pak cik Qhalif. Pak cik dah tahu”
Lalu pak cik Qhalif segera membaca ayat ayat suci al quran. “arh panas panas berhentilah lah bodoh!” tempik Mas. “keluar kau dari badan dia!” kata pak cik Qhalif.
“ahh aku tak nak dia milik aku selamnya! aku takkan keluar!”
mira,Anas,Khai dan Alin yang melihat kejadian itu merasa terkejut

apabila mendengar mas berkata dengan suara yg garau.”oh kau degil ye”. pak cik Qhalif segera mengambil lada hitam lalu dipicit ke ibu jari kaki mastura.
“argh sakit sakit! berhenti! sakit!”
“keluar kau!”
serta merta ada angin yang kluar dari rumah pak cik Qhalif. pintu dan tingkap tingkap nya habis bergegar. perlahan lahan mas membuka matanya. “nah bagi dia minum air nih” kata pak cik Qhalif. “terima kasih pak cik Qhalif” ucap mereka berempat.

“dulu ada seorang lelaki cina nama dia Aaron Wong. dia berkawan dengan Wan Khadijah. mereka saling mencintai tapi, percintaa mereka ditentang oleh kedua ibu bapa merek hny kerana perbezaan kaum dan agama.
setelah khadijah pergi, setiap hari aaron tunggu dia pulang di bukit air terjun belatan sampaikan orang kampung kata dia gila. Hari berganti bulan,bulan berganti tahun aaron tetap menunggu khadijah. keluarganya telah membuang nya. sehinggalah aaron jatuh sakit dan meninggal. sejak hari tu,ramailah org kampung terserempak dengan roh aaron sedang menunggu khadijah pulang. muka mas ini mmg sama dengan muka khadijah mungkin sbb itu lah aaron masuk dalam tubuh dia” cerita pak cik Qhalif.
“pakcik pernah jumpa khadijah ?” soal Khai dan Mira serentak. “ye dulu pak cik,aaron,khadijah berkawan” katang pakcik Qhalif sambil tersenyum memandang mastura. tidak sangka dia rupa anak gadis di hadapannya memang serupa dengan khadijah.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

My Friend Jaynee

Bunian Di Kaki Gunung Jerai