in

Cik Ponti Rendang

Kisah yg terjadi ini berlaku di bandar ipoh perak kira-kira 15tahun lalu.
Malam itu sekitar jam 11 malam aku sampai di flat Sri Cinta (nama flat bukan nama sebenar), kebetulan di persekitaran flat ada perumahan dan banyak penghuninya berbangsa cina.
Rumah keluarga kawan aku tu memang berada di tingkat 4.
Memandangkan hari sudah larut malam aku mengambil mudah untuk meletakkan kereta aku di tepi sebuah rumah sampah kerana parking kereta kebanyakan nya sudah penuh dan kalau ada pun agar jauh dari rumah kawan aku tu.
Sudah 2minggu arwah ayah kawan aku meninggal dunia dan baru kali ini aku berkesempatan untuk menziarahi keluarga kawan aku (keluarga angkat) kerana aku tinggal di Felda S.Siput yang  agak jauh dari rumah mereka. Aku dapat rasakan memang malam itu agak seram dari kebiasaannya. Selepas berbual dengan ibu angkat aku masuk kebilik dan tidur disebelah kawan aku, tiba-tiba kawan aku menjerit dan ingin menampar aku, aku terpinga-pinga kerana tidak pernah ada kejadian seperti itu. Apabila kawan aku sedar dari mengigau aku tanyakan kenapa dia ingin menampar aku, katanya pada masa itu dia terkejutkan arwah ayahnya yang tiba-tiba muncul, aku tidak berpuas hati dengan jawapannya dan pertelingkatan pun terjadi dengan aku mengambil keputusan untuk tidur di kereta sahaja.
Waktu itu jam sekitar pukul 2pagi, aku memejamkan mata sambil cuba tenangkan perasaan amarah aku tadi, laungan beberpa anjing yang tiba-tiba muncul membuatkan aku terkejut seraya menaikkn daun tingkap kerana laungan anjing muncul bersama hujan rengai membasahi muka ku, selesai daun tingkap dikepala di tutup aku berganjak ke tingkap di hujung kaki pula (tidur di tempat duduk belakang)
Masa itulah bola mata aku terpandang kan sesosok tubuh gempal, rendang dan tutupi rambut panjang hitam dan beruban di hadapan cermit tingkap… badan dan pergerakan aku seperti terberhenti hanya ayat-ayat suci aja yang dapat aku baca didalam hati termasuk doa makan ye, sbb terlalu takut tapi malangnya CIK PONTI RENDANG tidak mahu pergi juga, aku hanya mampu berserah shj ketika itu sehinggalah anjing-anjing tadi datang seperti mahu menggigit makluk itu dan ia berganjak seperti asap yang terbang keatas bumbung rumah sampah.. aku?
Aku…. seperti terpelanting, terus keluar dari kereta dan seketika sudah berada di hadapan rumah kawan aku tadi..
Memang beberapa hari juga aku demam selepas kejadian itu.
Assalammualaikum.

Perkongsian Daripada Idris.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Budak Misteri

Siapa Yang Tegur Saya?