in

Cermin

Iza, perempuan. Terlalu obses dengan cermin. Dia gemar melihat kecantikan wajahnya sendiri dihadapan cermin tak kira masa.

Malah, rumahnya dilengkapi cermin pelbagai saiz disegenap ruang. Cermin yang dia paling gemar adalah cermin yang ada di biliknya.

Dia sengaja memasang cermin sebesar dinding di biliknya agar dia rasa lebih puas melihat kesempurnaan wajah dan tubuh badannya yang dibanggakan itu. Setiap kali ditegur rakan² dek kerana sikap obsesnya terhadap cermin itu, dia mempertahankan pilihannya atas alasan mudah bersolek atau mecuba pakaian.

Namun begitu, iza tidaklah terlalu angkuh dengan kecantikannya, dia hanya yakin terhadap dirinya sendiri, dia yakin dia sangat cantik walaupun jarang² orang menegurnya sebagai perempuan cantik.

Selain gemar melihat wajahnya di cermin, iza gemar menari dan bercakap sendirian. Selalunya dia akan bercakap di hadapan cermin kesayangannya itu seolah² ada seseorang di hadapannya.

Satu malam, iza menilik lagi wajahnya sebelum tidur. Sudah beberapa minit dia disitu, sekejap wajahnya ditoleh ke kiri dan kanan. Kemudian dia tersenyum sendiri. Cantik.

Tak lama kemudian, gadis bermata coklat ini kembali menegakkan wajahnya. Ditenung lagi. Hm, anak mata coklatnya kali ini tidak lagi berwarna coklat, sebaliknya bertukar hitam. Iza yang sedar akan perubahan itu merenung lebih dekat dengan cermin itu, dan pantulan cermin menampakkan keseluruhan matanya berwarna hitam pekat. Terkejut. Iza terundur ke belakang.

Kemudian perlahan² dia meletakkan tapak tangannya di cermin tersebut. Bayangnya di cermin turut berbuat demikian. Lega. Iza menarik kembali tangannya. Kali ini Iza dekatkan pula wajahnya ke cermin tersebut, pantulan wajahnya mengerlipkan mata. Buntang matanya melihat wajahnya sendiri di hadapan cermin namun masih tidak berganjak dari situ.

Iza senyum, ia turut berbuat demikian. “Bila kau datang ?”
“bila kau datang…..”
“Hish terkejut aku” Iza membuat gaya merajuk. Bayangnya itu senyum lagi sambil menampakkan sebaris giginya.

“Iza……….marilah dekat sikit, aku nak tengok wajah kau yang cantik tu dengan lebih dekat…” bisik jelmaan dirinya sendiri.

Iza mendekatkan wajahnya ke cermin sambil mengukir senyuman, dan wajahnya disentuh lembut oleh dirinya yang satu lagi itu. Tapi kali ini lebih lama, wajahnya ditatap oleh bayangannya sendiri di hadapan cermin itu hingga pipinya terasa sangat sejuk dek sentuhannya.

Iza cuba menarik kembali wajahnya, namun kedua² pipinya dipegang erat. Sekelip mata Iza tidak mampu membuka matanya. Dia terbaring di atas lantai sejuk di biliknya itu. Seluruh wajahnya terasa perit, terasa cecair mengalir keluar dari wajahnya itu. Darah pekat mengalir membasahi lantai, melekit lekit terkena tubuhnya sendiri.

Iza gagahkan diri untuk meminta bantuan, nasibnya baik sempat mencapai henfon yang terletak di hujung katil. Iza pantas menuju ke hospital mendapatkan rawatan, namun dia tidak mampu menyelamatkan wajahnya. Lukanya terlalu dalam, dek kerana kaca yang tajam.

Laporan yang dibuatnya membuatkan orang lain bingung, ini kerana hanya dia seorang berada dirumahnya. Dia juga tidak mampu membuktikan apa² yang hakikatnya bukan dia yang mencederakan dirinya sendiri.

Parut kekal diwajahnya membuatkan Iza trauma untuk menatap cermin, ini kerana wajah yang dia lihat di dalam cermin bukanlah wajahnya yang berparut, sebaliknya wajahnya yang dibanggakan dahulu. Dan dia tersenyum melihat Iza begitu.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Puteri

Saka