in ,

Cermin Belakang Seram

Kisah ini merupakan kisah benar yang terjadi kepada saya.

Ceritanya bermula semasa saya bersama abang angkat menuju ke Kota Bharu pada 14/11/2013. Kami bertolak dari Manjung Perak pada pukul 11 malam dan kami sampai di Banjaran Titiwangsa lebih kurang 3 pagi. Masa tu saya mengambil gambar untuk memberitahu isteri di mana lokasi kami. Cuaca yang berkabus dan gelap memaksa saya membuka lampu didalam kereta untuk mendapatkan gambar yang lebih elok. Apabila gambar sudah diambil, saya terus sent kepada isteri, group keluarga dan rakan-rakan. Mungkin semua orang lena dibuai mimpi kerana tiada seorang pun yang membalas. Masa tu kami menaiki kereta vios, agak perlahan jugak abang saya membawanya kerana kabus agak tebal setelah melepasi Gerik ke Jeli. Terasa lama betul perjalanan dari Gerik ke Jeli, saya tidak mahu berkata apa apa sebab nanti abang saya suruh saya memandu kalau nak laju. Saya layankan sahaja. Apabila terlalu sunyi, mata saya mula rasa mengantuk dan saya terlelap. Apabila sedar saya sudah berada di negeri Kelantan. Abang saya bagi tahu yang mesej bertalu talu masuk dalam group yang saya hantar gambar tadi. Saya pun membukanya satu persatu. Alangkah terkejutnya saya bila nampak gambar yang diambil malam tadi ada penampakan sesuatu yang aneh di cermin belakang. Saya pun menunjukkan kepada abang saya. Kami memerhatikan gambar itu dengan penuh teliti dan kami terdiam sejenak. Kami tertanya-tanya siapa yang berada di belakang kereta kami malam tadi. Tiba-tiba tu, abang bagitahu kereta berat dan tak boleh laju. Mungkin sebab mendaki bukit. Tetapi kami rasa seperti ada orang lain yang menumpang.  Selepas kejadian itu, abang saya mula tidak sihat. Dan akhirnya meninggal pada 17/04/2015. Sehingga sekarang saya menyimpan gambar pelik itu.

Perkongsian dari Izuan.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Pukul 3 Pagi di Kampung

Siapa Kat Bawah?