in

Diganggu Hantu Di Universiti

salam ..

aku ada sebuah kisah seram berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika aku menuntut pelajaran di sebuah Universiti kerajaan di Malayia.

Waktu tu, aku berumur 18 tahun, iaitu setahun selepas SPM…

aku mendapat keputusan SPM yang boleh dibanggakan jugak la..dan aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di IPTA (rasanya tak perlu sebut universiti mana, demi kebaikan Universiti tersebut)…. So, aku tersangatla gembira.. kerana aku dapat kursus yang aku sangat harapkan dan aku sangat minat dengan kursus tu, iaitu Diploma Sains Komputer…

Dipendekkan cerita, tiba la masanya untuk aku pergi ke universiti tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran… Aku ni sebenarnya seorang yang sangat terkenal (di kalangan member2 sekolah aku) dengan perangai suka lewat…pergi sekolah lewat, masuk kelas lewat, hantar kerja sekolah lewat, solat berjemaah lewat, semua benda mmg lewat je aku ni….. so, begitu juga dengan hari pendaftaran di Universiti ini………

Waktu aku sampai di dewan serbaguna (MPH) universiti tersebut untuk pendaftaran,, aku tengok orang dah tak ramai…masih ada yang beratur untuk pendaftaran…tapi memang sikit la… so, aku pergi ke satu meja ni untuk check nama aku….boleh nampak di list tersebut, nama aku sorang sahaja lagi yang tertinggal…kah3… ada beberapa meja di situ iaitu untuk pendaftaran semester, daftar course, daftar elearning, dan last sekali adalah pendaftaran untuk bilik di ASRAMA…

ok,,

sampai di pendaftaran bilik ASRAMA NI,, aku dapat tingkat 4 di sebuah bangunan asrama lama…agak buruk sikit la..aku dapat tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 4…..bilik yang aku dapat tu adalah untuk DUA ORANG sebenarnya…tapi dah takde orang dah lepas aku, maknanya aku duduk sorang-sorang la dalam bilik tu….aku agak gembira la sebab dapat duk sorang satu bilik tu…takde la serabut sangat dengan suasana bising….luas pun luas… ok, so tiba di bangunan asrama, aku jalan-jalan cari di mana tangga, boleh nampak la ramai student dgn parents diorang angkut barang,,,agak meriah la…ramai orang… aku teruskan berjalan…aku naik satu tingkat,,, pun sama ramai student, satu tingkat lagi, pn sama ramai student,, begitu juga tingkat yang seterusnya…

tapi, sampai je di tingkat aku, aku tengok langsung takde orang….ohh lupa bagitahu,, aku ni jenis seorang yang lone ranger…aku datang sorang-sorang tanpa mak ayah aku..buat apa bawak mak ayah, kesian mak ayah aku letihkan diorang..

so di tingkat 4 tu,, aku dapat rasa, aku sorang je yang duduk di tingkat 4 sebenarnya…. aku seorang yang simple,, dengan hanya DUA BEG BAJU aku ni, aku sumbat sekali baju, laptop, charger, barang-barang mandi dalam DUA BEG INI….dan aku tak perlu da angkut-angkut barang…

masuk je dua beg ni dalam bilik,,,aku terus BERBARING atas katil empuknya itu….walaupun bangunan lama, tapi bilik aku tu sangat selesa,, tak panas, kipas kuat, katil memang tebal dan empuk…. dan tak lama lepas tu, aku terlena…..

dalam terlena itu, dalam kegelapan tu,,,

tiba-tiba…..

aku dengar orang ketuk pintu bilik aku dengan laju…. mula-mula bunyinya sangat sayup2 je… waktu kedengaran sayup-sayup tu, aku seolah-olah dah sedar dari lena, tapi mata aku susah nak dibuka, badan aku susah nak bergerak….seperti kena tindih… ketukan pintu tu terus berbunyi… tiba-tiba makin kuat…. makin kuat,, dan sangat kuat bunyi ketukan pintu tu…

tapi,,, akhirnya,,, nasib baik aku terjaga…

fuh!!

bunyi ketukan pintu yang kuat tadi TERUS HILANG sebaik sahaja aku dapat bangun….pelik… aku dengan pantas pergi ke pintu bilik dan bukak,,, tengok di luar bilik takde orang seorang pun..sunyi sepi….aku tengok jam di telefon baru pukul 3 petang…. hermmm.. hari ni takde buat apa-apa,, sebab pihak universiti beri masa pada student untuk rehat di bilik pada hari pertama….esok baru la start orientasi…. so, aku mase tu agak bosan la sunyi sepi je floor aku….aku turun floor bawah,, baru la rasa meriah sikit,, dengar bunyi lagu, bunyi game laptop, bunyi orang sembang-sembang. Akhirnya aku bercadang pergi ke office pengurusan asrama.. aku pi la…sampai je, aku tanya pada akak yang ada dalam office tu tentang tingkat 4 di blok asrama yang aku duduk tu… akak tu cakap, di tingkat 4 tu aku sorang je duduk… tapi dia cakap dalam 2 bulan lagi , akan ada intake baru untuk budak-budak foundation… dan kemungkinan segelintir budak-budak foundation tu akan duduk tingkat 4 tersebut…. ok..so aku redha… itu lah akibatnya suka LEWAT..

so, aku balik semula ke asrama… oleh kerana belom kenal sape-sape lagi, aku duk terperap dalam bilik je…buke laptop,, surf internet…kadang-kadang main game… jam sudah menunjukkan pukul 5 petang….aku pun bercadang nak pi mandi.. setiap floor ada DUA tandas…satu di hujung,, satu lagi di hujung yang satu lagi….

aku pun pi la tandas yang dekat dengan aku…. aku mandi…..mmg syok mandi tandas tu…paip air hujan,, kuat plak tu airnye… tengah-tengah aku syampu rambut aku, tiba-tiba terdengar bunyi air paip yang sangat laju dan kuat…. waktu tu mata aku tertutup, tak boleh buka dek kerana buih syampu yang banyak….aku cepat-cepat bilas rambut aku dengan air.. selesai je, aku tutup paip air aku….dan memang sah ada paip ditinggalkan TERBUKA di luar kubikel mandi aku ni… sebab aku masih lagi dengar air melimpah-limpah….. aku pun siap-siap pakai tuala… aku keluar…kelihatan semua paip di ketiga-tiga SINKI terbuka penuh…so, aku pun tutup kesemuanya… tapi masih lagi kedengaran bunyi paip air.. aku pergi tengok paip di tempat ambil wudhu,,,tiga-tiga paip tempat ambil wudhu juga terbuka penuh….so, aku tutup ….

keluar je tandas,,,, kedengaran masih ada lagi bunyi paip air yang terbuka…

sayup sayup je bunyinya… aku dapat lihat dari jauh,,,,tandas di hujung yang satu lagi tu,,,, paip di tempat ambil wudhu dibiarkan terbuka….

oleh kerana jauh sgt, aku tak berani pergi hujung sana,,,aku buat tak tahu….aku masuk bilik, dan terus kunci pintu bilik…

dipendekkan cerita,,,3 minggu sudah berlalu…

orientasi program telah tamat,, dan dah seminggu aku masuk kelas….

so, aku kenal la beberapa orang kawan…ada sorang member aku tu, Fahmi namanya…

kadang-kadang dia datang bilik aku untuk tidor…kadang-kadang dia tido bilik dia…

sepanjang 3 minggu tu, aku masih dapat gangguan yang sama seperti paip air terbuka,, bunyi orang ketuk pintu dan tingkap….tapi aku dah biasa….bukan tak takut,, takut sebenarnya… tapi aku buat tak tahu je….

so, selepas 3 minggu,,, hari ni hari Jumaat….minggu depan, ISNIN, SELASA dan RABU cuti raya cina…

so, aku bercadang nak balik kampung la…nak cerita la jugak pada parents aku suasana di universiti tu… Fahmi tak pulang ke kampung,, dan ada la beberapa orang yang stay di asrama…di setiap floor tu, maybe ada la dalam 5-6 orang tak pulang ke kampung..

dipendekkan cerita,, aku pulang ke kampung….jumpa parents, jumpa family, jumpa member-member sekolah…memang seronok la jumpe member2 sekolah,,, masing2 cerita pasal universiti masing-masing…ada yang masuk matrikulasi….ada yang masih tak dapat masuk U…macam2 la…..

tapi aku sorang je cerita pengalaman diganggu hantu kat universiti….haha…..

so,,, dah habis bercuti…dah habis enjoy….hari Rabu,, macam biasa,, aku akan ambil tiket paling lewat skali…pukul 11 malam adalah tiket paling lewat…so, esok akan sampai pukul 6 pagi…pukul 8 pagi ada kelas..

biasa la aku suka last minit…

dipendekkan cerita,,, aku sampai lah di universiti…waktu tu dalam pukul 6.30 pagi aku sampai di bilik aku….terus aku mandi-mandi,, solat,,, dan siap-siap pergi ke kelas…

sampai di kelas…….. macam biasa, aku jumpa Fahmi, tegur dia…tapi dia buat tak tahu je….pelik gak ……aku ignore dan aku ikut blakang dia…dia duduk di satu tempat tu…aku pun duduk sebelah dia….

tapi dia boleh pulak bangun pergi duduk kat lain…..punya la sombong…aku tak faham….pelik… tapi aku abaikan..lantak dia lah….

DUA HARI perangai dia macam tu je…tetap tak berubah…dia seolah-olah takut dengan aku..dan dah taknak berkawan dengan aku…

aku panas hati jugak la….

ada satu hari tu,,, dia tengah makan di cafe dengan member2 lain….kebetolan waktu tu aku baru je nak pi makan…..so , sebelum aku ambil makanan, aku pi kat dia dulu…aku terus tegur dia dengan kasar “weyhh, pesal ngan ko ni…ko tak puas hati ape dgn aku? aku ada salah apa?”..

“err..tak takde apa,,, aku …..akuu…err …aku cuma tak sihat”, kata Fahmi…

aku boleh nampak dia menipu…”weyh terus terang la bod0h”….

“err..ko tak takut ke duk sorang-sorang kat tingkat 4 tu?”, tanya Fahmi….

“takut??? takut apa?? hantu??”, jawab aku….

“err..ye hantu”….dia balas…

“ok…aku pernah kena ganggu,,,..”, jawab aku….

dan aku ceritakan segala gangguan yang aku pernah kena…..aku cerita semuanya

dan aku sambung, “dalam 3 minggu tu, banyak kali jugak la aku kena ganggu, tapi aku buat tak tahu je”….

Fahmi yang sebelom ni nampak takut dengan aku seperti cuba memberanikan diri dengan bertanya, “ko ada bela saka?”….

“pantet anjing,, ape ko cakap ni…aku takde masa main benda cilaka tu lah!”, aku jawab dengan marah..

Fahmi tanya lagi, “err ko ada balik ke asrama ke sepanjang cuti?”….

aku jawab, “aku cuti, kat kampung la… ko pun tahu aku suka datang lewat, last minit…subuh khamis baru aku sampai..”…

Fahmi balas, “ok….aku terus terang….cuti raya cina,,, ko balik…tapi aku stay kat asrama..,,,roomate aku pun balik kampung jugak…so kadang-kadang aku pi bilik Toyyib tumpang tidur kat bilik dia,dan kadang-kadang aku tidur sorang2 kat bilik…. hari Isnin,, mase tu …aku tengah bosan gile dowh tak tahu nak buat apa….Toyyib pulak pergi keluar jumpe awek katenye…aku duk atas katil baring-baring belek telefon…dan tak lama lepas tu, aku tertidur…”……

Fahmi sambung lagi,,
“tengah syok aku tidur,,,tiba-tiba aku dengar orang ketuk bilik aku…ketukan tu kuat dan berterusan…tak berhenti….so aku terjaga,, aku tak bukak lagi pintu…dan pintu tu masih lagi diketuk,,langsung tak berhenti….pelik gak aku..tak letih ke ketuk pintu lama2 ni?….aku tersangat malas nak bangun,, mata aku tersangat susah nak bukak,, al maklum memang ngantuk nak mampus….tapi pintu tu diketuk je manjang ‘tuk tukk tukk tuk tuuk tukk tukk’,,berterusan …. macam orang gile yang ketuk pintu….aku pun gapai dulu phone aku..aku tengok jam di phone sudah pukul 3.30 pagi…aku kata ni mesti orang gila bangsat ni kacau aku tidur pagi-pagi buta….dengan keadaan malas aku tu, aku pi jugak la bukak pintu… ko nak tahu siapa yang ketuk pintu aku?????”

aku yang ingin tahu ni dengan pantas bertanya “Sape??”…

“ko yang ketuk pintu aku…..aku pelik jugak…aku pun tanya la ko,, ‘hari tu ko kata balik, tapi kenapa ada di asrama lagi’……..ko diam…ko langsung tak jawab aku tanya…….aku tanya lagi, ‘ade ape ko datang bilik aku pagi-pagi buta ni’…..ko masih diam…ko senyap…so waktu tu aku mengantuk sangat,,ak pun bercakap dah tak pandang sangat la muke ko….aku ajak ko masuk…dan ko berdiri dalam bilik aku…aku pulak landing badan aku atas katil…dan sekejap je, aku terus terlena….

dalam sedap aku terlena,,, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang sangat kuat…’bamm, bammm bamm bamm bamm bammm’….aku pun terjaga…aku tengok bilik aku terang…aku lupa tutup lampu tadi…..masih kedengaran lagi bunyi ketukan bising tu…..aku cuba bukak jugak mata aku luas2….

aku tengok ko duk ketuk-ketuk locker aku kuat-kuat sambil kepala ko menoleh pandang aku,,mata ko bulat dan putih…muka ko pucat….aku beranikan diri aku tanye ‘ko ok ke tak’…tapi ko diam…aku pun bangun perlahan-lahan,,, bergerak ke arah pintu bilik….agak-agak dah dekat dengan pintu bilik tu, aku cepat-cepat lajukan pergerakan aku,, aku keluar dan terus berlari ke bilik Toyyib..aku yakin Toyyib dah ada dalam bilik….aku ketuk-ketuk pintu dia kuat-kuat.. dalam cemas tu, sambil aku ketuk pintu bilik Toyyib, sekejap sekejap aku berpaling ke arah bilik aku……dari jauh aku nampak ko bergerak menuju kat aku dengan laju…tangan ko dua-dua ke depan,, macam Frakenstein berjalan…sumpah seram bodo..kalau kena betul-betul depan ko, ko tahu la macam mana seram nya…sebelum ko sampai kat aku,, nasib baik, Toyyib bukak pintu nya,,, sebaik dia bukak pintu dia,, aku terus tolak kuat-kuat pintu dia….tercabut kuku ibu jari kaki Toyyib….nasib baik Toyyib baik tak marah aku….aku masuk bilik Toyyib, aku cerita semua kat Toyyib….tahu tak kitorang pikir apa pasal ko??? kitorang pikir ko bela saka….. aku pikir baik ko pi cek kat mana-mana rawatan Islam..”

ooohhh,, sebab tu lah member2 aku semua pandang aku lain macam, sombong dengan aku…rupanya diorang pikir aku bela saka…

aku pun terpikir nak pergi jumpa jugak orang yang boleh merawat….tapi kat mana…aku tak tahu…
aku tak tahu nak mintak tolong sape..last-last aku terpikir pasal senior-senior dalam group masa orientasi baru-baru ni…group tu kononnya untuk merapatkan silaturahim antara senior dan junior la…so aku ajak jumpa semua senior dalam group aku tu…..alhamdulillah semua senior dalam group aku tu semua baik…diorang okay je jumpe aku..kitorang lepak la di cafe….masing-masing ambil makanan masing2…duduk di satu meja,, dan kitorang sembang-sembang….tengah-tengah sembang, aku bukak mulut pasal bilik aku tu…

“kat asrama ni pernah ada cerita-cerita seram tak?”

senior-senior aku terdiam sekejap…..

kemudian salah sorang (iaitu Faiz) tanya balik pada aku, “ko duduk bangunan lama tu kan?”…

aku angguk kepala aku “ye,,blok tu lah,,saye duk tingkat 4,…bilik 404″…

sorang lagi (iaitu Hanif) cepat je terus balas, “Ohh tingkat 4, bilik 404?? aku pernah dengar cerita pasal bilik tu,, aku pun tak tahu betol ke tak..sebab cerita ni pun aku dengar dari senior aku jugak, diorang dah graduate dah…dah bekerja dah pun…..”

aku yang ingin tahu ni terus tanya, “cerita pasal apa?”…

Hanif sambung lagi, “dulu, blok yang ko duduk tu adalah asrama perempuan….ada sorang budak perempuan ni, nama dia Fadia….dan dia duduk di bilik yang ko duduk sekarang,,,bilik 404….Fadia ni memang pelik perangai nya… pelik tu takpe,, tapi kadang-kadang menakutkan … sehinggakan roomate Fadia, kalau tak silap nama roomate tu Sara,.so Sara dah tak tahan duduk satu bilik dengan Fadia,,sebulan je duduk dengan Fadia, akhirnya Sara mintak tukar bilik… Sara pernah jugak cerita kat orang ramai tentang perangai pelik Fadia ni…kadang-kadang pukul 3 pagi,, tiba-tiba je Fadia duk gelak sorang-sorang kuat2 atas katil… Sara tengok Fadia tu takde la pegang buku ke, pegang phone ke..Fadia takde buat apa-apa, tapi gelak sorang2 dengan kuat? tak ke pelik dan menyeramkan tu….student-student yang stay di bilik yang berdekatan dengan Fadia pun pernah mengadu tak dapat tidur sebab kadang-kadang Fadia buat bising pukul 3 pagi,, kadang2 ketuk pintu biliknya kuat2,, ketuk locker kuat2,, ketawa kuat2 sorang2….kadang2 dalam bilik air, mandi gelak sorang2….bukak paip air dan tak guna, lepas tu blah macam tu je…memang pelik..”

aku berminat nak tahu lagi,.aku berbunyi “Lepas tu?”

so Hanif pun teruskan lagi “…ok..suatu hari, beberapa orang student di tingkat 4 tu perasan sesuatu, iaitu diorang dah tak nampak dah Fadia….student sekelas dengan Fadia pun ada cakap dia dah tak masuk kelas sejak kebelakangan ni..diorang pun cerita la pada warden….dan warden pun pi la cek bilik Fadia…ketuk punya ketuk, tak berjawab….tengok selipar ada je di luar…so warden ambil kunci penduanya dan buka pintu bilik Fadia… di belakang warden, ada la beberapa orang student yang kenal Fadia, datang juga utk tengok keadaan Fadia…..alangkah terkejutnya diorang semua ….diorang nampak Fadia berbaring atas katilnya dengan mata terbuka luas, badan kaku,, kaki straight ke hadapan,,, kedua-dua belah tangan Fadia berada atas lehernya, seolah-olah dia bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri…Macam tu lah keadaan Fadia masa tu….warden check nadi Fadia, dan warden pasti Fadia dah tak bernyawa…cepat-cepat diorang call ambulans…dipendekkan cerita, hospital mengesahkan Fadia dah meninggal…polis mengkategorikan kematian Fadia ni adalah kematian mengejut….”

Kelihatan Hanif macam ada lagi benda yang nak diceritakan, dia teguk segelas air dan terus sambung lagi cerita “ok, sejak kematian Fadia tu,,, macam-macam perkara misteri dan menyeramkan berlaku… iaitu berlaku benda yang sama mcm Fadia buat iaitu ketuk pintu, ketuk locker, bukak paip air, gelak sorang2,, tapi kali ni Fadia takde,, macam mana diorang boleh dengar jugak semua benda-benda tu? tu yang pelik….dan sejak kematian Fadia tu jugak,,, beberapa student di tingkat 4 tu terkena histeria…lepas sorang sorang mintak pindah bilik…last-last semua student di tingkat 4 tu semua mintak pindah di blok lain,, ada yang sanggup sewa rumah di luar universiti..bila tingkat 4 tu dah kosong…student di tingkat 3 pulak kena kacau….so, sama juga, sorang demi sorang pindah dari blok tu…..dipendekkan cerita, akhirnye semua pindah,,,, dan dah takde orang duduk di blok tu…hermmmm…so, tu je la yang aku tahu cerita pasal blok lama tu…dah lama dah sebenarnya blok ni tak buka,,, semester ni je baru bukak balik,,, lagipun aku dengar-dengar pihak universiti dah ada panggil-panggil ustaz untuk halau benda-benda yang tak elok di blok tu, dan diorang dah pagarkan dah pun blok tu..wallahualam…tu je aku tahu”….

Selepas habis mendengar cerita si Hanif tu,, aku pun cakap la terus terang, “sebenarnya saye pun kena gangguan yang sama..ketukan pintu, paip air…..member saya kat tingkat 3 pun kena,, tapi member saye tu nampak hantu tu dalam bentuk bayangan saya..diorang pikir saye bela saka..”

Si Hanif balas “Macam ni la.. aku kenal sorang Ustaz yang pandai rawat benda-benda macam ni….nah nombor dia,,, ko contact la dia….kitorang nak pergi da ni…ada kerja sikit… ko contact la dia ok…Assalamualaikum”..

diorang pun berlalu pergi…aku pun pelik gak apasal diorang ni mcm terburu-buru je pergi…tapi aku abaikan…

aku terus call Ustaz tu..tapi tak diangkat pulak….tengok jam baru pukul 4 petang…hurm…akhirnya aku SMS je sekeping,, dan aku cerita secara ringkas pasal aku kena ganggu… aku balik bilik…dan tidur….

pukul 6 petang aku bangun balik…bangun je, terus bukak phone,,, exercise sikit….dan terus pi bilik air ambil wudhu dan semayang….dalam kul 7 lebih,, sekali lagi aku pi bilik air untuk mandi….

aku masuk la satu cubicle tandas yang paling hujung….aku terus mandi…tengah-tengah syok mandi,,,,duk syampu rambut….mata aku tertutup waktu tu dek kerana buih syampu…syampu rambut puas-puas…dan seterusnya aku bilas rambut aku dengan air….aku bukak je mata,, aku nampak sorang perempuan betul-betul berdiri depan aku dengan tangannya yang kelihatan sedang cekik dirinya sendiri…rambut panjang sampai ke lutut….muka pucat,,,mata bulat…dia berdiri betol-betol depan pintu kubikel tandas tu menyebabkan aku takleh nak keluar dari tandas tu…aku terjatuh terduduk….masa tu aku sangat cemas……dan aku nampak dia perlahan-lahan bongkokkan badannya, dan dekatkan mukanya ke arah muka aku….

tak usah cakap la betapa cuaknya aku masa tu…aku pun pejam mata dan jerit sekuat hati ….tak henti aku menjerit…

dalam beberapa minit aku menjerit, aku terasa seolah-olah aku hanyut ke alam lain,, tapi masih lagi aku dengar diri aku menjerit…masih lagi aku dengar bunyi air yang jatuh ke lantai…tapi secara perlahan-lahan bunyi tu seakan-akan tenggelam….dan badan aku terasa seolah-olah menggelupur dengan sendiri….aku tak tahu aku berada di alam mana…seolah-olah ada seseorang kawal badan aku…

aku tak tahu berapa lama aku menggelupur…beberapa minit lepas tu,,, aku rasa seolah-olah dengan lajunya aku terjaga dari hanyut tadi…tiba-tiba dengan laju, mata aku tercelik, dan badan aku berbaring atas lantai….atas lantai sebuah rumah…..aku bangun perlahan-lahan,, aku tengok sekeliling ramai member2 yang aku kenal di universiti duk tengok aku….depan aku, aku tengok ada seorang Ustaz…dia pun berbunyi, “alhamdulillah, jin tu dah keluar dari badan kamu”…

“jin?”, aku bertanya kehairanan….

Ustaz tu balas, “ye,, ada jin yang suka kat kamu”….

aku agak terkejut la…aku tak mampu berkata apa-apa…

Ustaz tu sambung lagi, “takpe, kamu dah ok,,kamu balik la dulu….bilik kamu saya dah bersihkan…tapi takpe lah, malam ni kamu tidur la dulu di bilik kawan kamu, kalau ada apa-apa lagi, senang…”…

member2 aku pun mendekati aku, dan pimpin aku keluar …..aku tengok kat luar dah gelap…aku bukak phone ….dah pukul 11 malam…lama jugak la aku menggelupur rupanya…

malam tu aku tidur di bilik Fahmi…aku ambil beg-beg aku, dan juga tilam kat bilik tu, aku bawak ke bilik Fahmi, aku hampar tilam tu atas lantai je…beberapa hari jugak la aku tidur di bilik Fahmi..alhamdulillah, dah takde gangguan….

dan sejak dari itu, kami dah slow-slow plan pindah ke rumah sewa di luar…

itu sahaja dari aku,, terima kasih.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kolah Air Asrama

Siapa Yang Mengilai?