in

Cerita Pocong

Korang, korang, korang …. aku ada cerita nak bagitahu korang ni. Cerita ni quick seram la. Aku yang dengar cerita ni di siang hari pun tetiba boleh meremang pula bulu roma. Ini kan pula korang yang aku share cerita ni di malam hari, kan? Lagi-lagi kalau korang amik mood alam angker. Memang ada yang tak tido lerrr malam ni. Lepas aku cerita kisah ni, mesti orang-orang yang nak naik turun lif atau yang duduk di kejiranan yang ada perkhidmatan lif ( umah pangsa atau kondo atau apartmen la tu ) akan fikir sejuta ratus ribu kali untuk turun dari bangunan sorang-sorang pada malam yang hening lagi pekat. Malam tu siap ada sound effect cengkerik lagi ‘ krikkrik krikkrik ‘.

Actually, ni cerita atas cerita. Member kepada member aku cerita dekat dia and dia cerita dekat aku. Aku pula … cerita dekat korang lerrrr since ada la beberapa kerat manusia yang tersadai dekat sini sebab kepingin ghost punya story. Berani nau kau tau cari cerita hantu dan baca. Jadi, jadi, jadi …. kalau cerita atas cerita tu kisah rekaan semata-mata, maknanya aku pun tengah reka-reka cerita la dekat korang sekarang ni. Tapi, aku rasa cerita ni betul sebab beberapa sem lepas, ada juga aku dengar cerita macam ni tapi cerita tu aku cerita kemudian lah. Now kita fokus pada cerita hantu pocong yang hantuk kepala. Dengar macam kelakar tapi percayalah, lepas baca ni segala organ dalaman kau akan jadi kecut secara tetiba dan bulu roma kau berdiri secara sendiri macam baru kena renjatan lektrik.

Let’s begin …. tutup la lampu. Baru feel. Hehehe.

Malam tu around 12 o clock macam tu … ada sorang budak ni nak turun. Turun pergi mana aku tak pasti la pula. Malas nak tanya dengan member aku tu. So, dia pergi la dekat lif. Sorang-sorang tau. Perempuan. Pukul 12 malam macam tu. Berani sangat. Kalau akuuuu memang aku ajak 1 rumah teman aku turun. Hahaha. Melampau kan aku. Tapi apa boleh buat, safety first kan. Susahkan orang jadi second part. Kihkihkih.

Ok, ok sambung cerita. Melalut pula aku ni. Bila lif dah sampai ‘ Ting! Aras 5 ‘ dia pun masuk. Dia pun tekan la lambang tutup pintu lif. Tahu kan? Lif pun cakap ‘ pintu sedang di tutup ‘. Tapi lepas tekan tutup, pintu lif terbuka semula. Dia tutup lagi. Terbuka lagi. Tutup lagi sekali. Eh! terbukak lagiii la pulakkk. Dah geram sangat, dia jengah kepala, tengok siapa yang tengah ajak dia bergurau time-time macam tu. Eh, chop! Sebelum nak menyudahkan cerita, aku nak tahu la kan, Kalau korang ada di tempat budak tu masa tu, korang akan jengah kepala tak?

Alright, masa jengah kepala tu la dia nampak ada pocong tengah hantuk kepala dekat button lif dekat luar tu. Tu yang pintu asyik terbuka bila dia tekan tutup. Apa lagi, histeria la budak tuuuu. Kalau aku pun mungkin aku akan menjerit sekuat hati juga atau paling tak boleh blah pun, done-done tu juga pengsan. Sejak aku dengar cerita ni, aku dah tak main-main dah dekat area lif di malam hari. Kalau tak, aku aktif juga turun naik lif pergi Mart walaupon rasa tak perlu pergi pon. Kalau nak pergi juga, memang aku akan ajak peneman. Cuak kot. Serius rasa nak pengsan dengar cerita nih.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lembaga Hitam

Tumpang Gambar