in

Carnival : It Comes

Kisah ini adalah kisah benar dan nama yang digunakan bukan nama sebenar. Semuanya bermula apabila saya bersama dua lagi sahabat saya iaitu Ana dan Nur bermalam di sebuah kelas di universiti (biarlah dirahsiakan) yang kami tempati untuk menyiapkan perhiasan di kelas tersebut kerana akan digunakan untuk salah satu permainan karnival yang dianjurkan oleh fakulti kami. Pada pukul 2.30 pagi, kami mengambil keputusan untuk tidur diatas lantai beralaskan meja setelah berhempas pulas dari petang untuk menyiapkan kelas tersebut.

Tok! Tok! Tok! Saya terdengar bunyi ketukan di pintu namun tidak mengendahkannya. Selang beberapa minit terdengar lagi bunyi ketukan. Dengan perasaan kehairanan yang membuak buak, saya berpusing melihat di bawah celah pintu namun tidak kelihatan bayang bayang mahupun kaki tetapi waktu itu saya belum memikirkan apa apa walaupun ketukan masih jelas kedengaran. Akhirnya Nur mengambil keputusan untuk membuka pintu dan anehnya tiada satu orang pun yang berada di koridor ketika itu.

30 minit kemudian, pintu kembali diketuk oleh polis bantuan yang bertugas ketika itu dan bertanya kepada kami jika ada pelajar lain bersama kami kerana lampu surau di bangunan itu tiba tiba hidup dan tinggalah saya bersendirian di kelas tersebut kerana Ana dan Nur pergi melihat surau itu seperti yang diminta oleh polis bantuan tersebut. Saya hanya berselubung dalam selimut kerana berusaha ingin melelapkan mata tetapi perasaan yang dirasakan ketika itu agak bercampur baur ditambah pula dengan keadaan di mana bulu roma saya tiba tiba meremang. Setelah 15 minit berlalu, Ana dan Nur kembali dan kami berusaha melelapkan mata kerana harus bangun seawal jam 6 pagi untuk bersedia.

Akhirnya setelah seharian menguruskan karnival tersebut, ia pun selesai pada jam 6 petang dan berakhir dengan baik. Kami pulang ke bilik masing masing dan berehat semahunya memandangkan keesokan harinya ialah hari Sabtu. Kami berehat sepuasnya tanpa memikirkan apa yang telah terjadi kepada kami dan tidak kami ketahui di situlah permulaan gangguan kami yang kadang tidak terfikir oleh akal pemikiran yang logik namun benar benar berlaku.

Bersambung…

Perkongsian daripada Sani.

What do you think?

Written by Sani

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mata Ketiga

Pengalaman Histeria di Asrama