in

Calit Kening

Ini pula, cerita misteri dari atok saya. Cerita ini sudah lama. Boleh dikatakan zaman ketika atok masih muda. Atok dulu seorang peniaga, yang rumahnya jauh didalam hutan. Atok yang berdagang parang waktu itu mengusung parang nya dengan sebuah basikal tua..

 Sebelum subuh atok sudah berangkat ke pekan. Pekan bukannya dekat, jadi atok kena berangkat awal supaya tidak terlewat sampai ke sana. Atok berangkat dengan rakan-rakan berniaga nya yang lain. Agak ramai orang yang berniaga waktu itu. Jadi, tak terasa laa penat berjalan jauh tu.

 Selain itu, atok dan rakan² nya juga belajar ilmu agama. Sampai lah wujud satu challenge ni dinamakan challenge “Calit Kening”. Zaman² kita ni challenge mannequin, challenge keluar dari kereta menari kiki biasa je. Challenge calit kening ni bertujuan untuk menguatkan semangat. Kalau lemah semangat memang demam. Jadi,ilmu agama kena tinggi untuk menghadapi challenge ni. Kening akan dicalit dengan minyak hitam, yang saya pun taktau apa benda tu. Mungkin atok tahu, tapi dia tak cerita. Lepas je dicalit minyak hitam tu, kita boleh melihat makhluk² halus yang tak pernah kita lihat selama ni.

 Cara challenge “calit kening” ni, salah seorang dari rakan² atok akan sapu minyak hitam tadi dan mereka beramai² akan keluar berniaga. Macam biasa. Cuma salah seorang dari mereka mampu melihat makhluk yang kata atok, kamu patut bersyukur kalau kamu tak nampak mereka. Atok pun memang tak sabar² nak tutup semula hijabnya kerana takut. Dari pengalaman atok sendiri, makhluk itu duduk di pokok tinggi tapi rambutnya sampai ke tanah. Lidah terjelir dengan air liur yang berbau dan ada mahkluk yang hitam,berbulu dan tinggi memerhati dengan mata terbeliak. Memang tak lepas mulut atok dari bacaan ayat suci yang dipelajari. Dalam hati kena yakin dengan Allah. Itulah kunci untuk berjaya challenge ni.

 Sampai lah giliran seorang rakan atok ni, namanya tok udin (bukan nama sebenar). Dia berkata kepada rakan² nya

” Kenapa kalian takut melihat mereka? Harum nya bau mereka. Sungguh ayu. Kecantikan nya buat aku tergoda “

Atok dan rakan2 hairan. Mereka ingat sangat mahkluk² yang menyeramkan itu tak sama seperti yang tok udin katakan.

” Udin, mengucaplah. Ingat Allah “

Atok dan rakan² risaukan tok udin. Mungkin ini tipu daya syaitan.

Tapi tok udin seperti orang yang dilamun cinta. Dia tidak menghiraukan kata siapa pun.

 Sampailah pada suatu hari, tok udin didapati tidak pulang ke rumah selama seminggu. Atok dan rakan² mencari di sepanjang jalan ke pekan. Dan benar, tok udin dijumpai di didalam hutan berdekatan. Tinggal didalam semak dan makan daun kering. Dia kelihatan sangat kurus.

 Mereka pun menjemput tok udin untuk pulang bersama, Tok udin berkata

“Tak mahu. Aku suka tinggal disini. Sudahlah cantik, harum, pandai memasak lagi. Hari² aku makan sedap. Aku bahagia tinggal disini. Kamu semua hanya iri melihat aku bahagia. Kerana kamu hanya melihat makhluk² hodoh.”

Katanya sambil ketawa.

 Mereka hanya ber Istighfar mendengar kata² itu. Kata atok, lama juga mereka cuba mengubati tok udin supaya tidak mabuk kepayang. Sampaikan makan daun pun masak sedap katanya. Kalau dibiarkan, kesihatan tok udin akan terjejas. Moralnya, janganlah kita leka dengan bahagia didunia. Ini semua hanya tipu daya syaitan untuk menyesatkan kita dari landasan yang benar. Lepas kejadian itu,tiada lagi challenge “calit kening” di kampung yang atok diami itu.

Perkongsian daripada Fatin.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebulan Di Alam Ghaib Bahagian 2

Kisah Seram Semasa Mengikuti MODEL Di SABAH