in

Cahaya Akan Datang (Part 1)

*Kisah ini hanya rekaan semata-mata*

Pada suatu hari, sekumpulan sahabat terbangun dan mereka menyedari yang mereka telah terdampar di sebuah pulau yang asing. Pulau itu sangat pelik tetapi cantik. Disekeliling persisiran pantai itu terdapat banyak batu besar seperti stone henge. Air pantai di situ juga sangat bersih.

Sekumpulan sahabat itu ialah Amira, Geena, Erin, Kristal, Rose, dan Lina. Perkara terakhir yang mereka ingat hanyalah suasana kelam-kabut semasa kapal mereka sedang karam. Mereka semua sedang dalam keadaan tidak keruan. Semasa mereka semua sedang kebingungan, Kristal mengambil ranting kayu dan menulis perkataan S.O.S dengan sebesarnya dengan harapan apabila kapal terbang melalui pulau itu mereka dapat meminta bantuan.

Kristal juga mencari kayu-kayu untuk membuat unggun api. Tiba-tiba, Amira terasa ingin membuang air kecil. Dia mengajak Geena untuk menemaninya masuk ke dalam hutan. Mereka berdua memberitahu semua rakannya dan terus berlalu pergi masuk ke dalam hutan.

Setelah Amira selesai membuang air kecil tiba-tiba Geena ternampak seseorang yang berselubung kain putih yang lusuh dan berdarah sedang memerhatikan mereka berdua dari belakang pokok. Orang tersebut memegang kapak dan dibelakang badannya terdapat busur dan anak panah. Geena memberitahu Amira tentang perkara tersebut dan mereka berdua terus melarikan diri untuk pergi ke arah pantai. Apabila mereka menoleh ke belakang, mereka melihat orang tersebut sedang mengejar mereka berdua.

Malang tidak berbau, tiba-tiba, Geena terpijak perangkap beruang yang telah dipasang oleh orang tersebut. Kaki Geena berdarah dengan sangat teruk. Mereka hampir sahaja sampai di persisiran pantai tetapi Amira terpaksa menghentikan langkahnya untuk membantu Geena. Amira menjerit dengan kuat untuk memanggil semua rakannya. Malang bagi mereka berdua, orang tersebut memanah tepat ke arah kepala mereka berdua.

Lina terdengar jeritan Amira dan terus mengajak rakan-rakannya untuk mencari Amira dan Geena. Mereka semua bersetuju dan terus masuk ke dalam hutan. Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat mayat kedua-dua mereka yang telah dipanah tepat di kepala. Tiba-tiba Rose mengarahkan mereka untuk tunduk. Secara tiba-tiba, Rose terlihat pembunuh itu membaling kapaknya dan terkena pada kepala Lina. Apabila mereka melihat hal itu, Kristal, Erin dan Rose berlari untuk menyorok tetapi malang bagi Rose yang kakinya tersandung dengan akar pokok disitu dan lututnya terkena batu-batu yang tajam sehingga berdarah. Kristal dan Erin cuba untuk membantu Rose tetapi pembunuh sedang mendatangi Rose. Rose ketika itu sudah pasrah dan tidak berdaya. Pembunuh itu datang kepada Rose dan membelai-belainya. Selepas itu, pembunuh itu mencekik leher Rose sehingga patah.

Erin yang melihat perkara tersebut cuba melarikan diri dan pembunuh itu melihat perkara tersebut. Pembunuh itu mengambil busurnya dan memanah kaki Erin. Pembunuh itu mengambil kapaknya yang terpacak di kepala Lina tadi dan menghampiri Erin. Erin sudah tidak mampu untuk berlari. Ketika pembunuh itu sedang mendatangi Erin, Kristal mengambil sebatang kayu dan berlari ke arah pembunuh itu. Kristal memukul kayu itu tepat di kepala pembunuh itu.

Pembunuh itu seakan-akan tidak terkesan dengan pukulan tadi. Pembunuh itu pun cuba menyerang Kristal dengan menggunakan kapak. Dalam kesempatan itu, Erin mencabut anak panah yang berada di kakinya dan menikam anak panah tersebut ke peha kiri pembunuh itu. Pembunuh itu hampir terjatuh tetapi anak panah yang dibawanya semua terjatuh ke tanah. Pembunuh itu terus menendang Erin sehingga terpelanting masuk ke dalam semak yang tebal.

Sementara itu, Kristal mengambil anak panah yang terjatuh tadi dan menikam perut pembunuh itu. Pembunuh itu mencabut anak panah yang berada di perutnya dan menikam lengan Kristal. Kristal mencabut anak panah yang berada di lengannya dan menikam mata pembunuh itu. Pembunuh itu rebah ke tanah kerana sudah tidak berdaya. Kristal mengambil kapak pembunuh itu dan bertanya kepadanya, ‘Ada kata-kata terakhir?’. Pembunuh itu menjawab,’Cahaya akan datang’. Kristal terus memancung kepala pembunuh itu dan menendang kepalanya masuk ke dalam semak.

Selepas melihat semak itu, baru Kristal teringat yang Erin telah ditendang oleh pembunuh tadi sehingga masuk ke dalam semak tersebut. Kristal cuba mencari Erin tetapi yang dia jumpa hanyalah kepala pembunuh tadi. Ketika itu, dari jauh, Kristal ternampak dua kelibat yang sama seperti pembunuh tadi sedang menyeret Erin. Kristal cuba mengejar orang tersebut dan mendapati dua kelibat tersebut membawanya ke sebuah kampung yang agak cantik dan indah. Ini membuatkan Kristal semakin tertanya-tanya dimanakah dia berada. Ketika itu, dia terlihat ramai orang yang berpakaian sama dengan pembunuh tadi sedang mengelilinginya dan menjerit, ‘Cahaya akan datang!’. Kristal menarik nafas dalam, senyum dan menjawab, ‘Akulah cahaya itu’.
End of part 1

Perkongsian daripada Adam.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diganggu Pocong

Hampir Hilang