in

Bunyi

Assalamualaikum selamat hari raya kepada team kisah misteri. Kisah saya kali ini adalah pengalaman saya sendiri yang berlaku ketika saya bekerja sebagai front liner kaunter di tempat kerja saya sebelum saya berpindah ke unit lain. Ringkasan cerita saya begini. Pada waktu itu siang dan masuk waktu tengahari, biasanya kalau waktu kerja tengahari itu adalah waktu rehat dan makan dan cawangan kaunter memang akan ditutup selama satu jam setengah dan cawangan kaunter hanya akan dibuka balik selepas habis waktu lunch.

Dipendekkan cerita pada waktu itu saya stay dalam office paling tepatnya dekat kaunter saya sebab makanan dah order awal lagipun memang malas nak keluar sebab dah plan nak layan cerita misteri jenazah sebab malam sebelumnya miss cerita tu. Saya tutup lampu utama dan cuma pasang lampu support saja sebab nanti bila buka semua lampu ada pula customer datang nak masuk. Dalam office waktu itu yang ada dalam kaunter cuma saya manakala rakan yang lain ada yang keluar dan ada juga yang berada di dalam bilik kaca tempat meeting di depan tidak jauh pintu utama. Bilik kaca tu memang sentiasa bertutup sebab memang guna untuk meeting saja tapi kalau waktu lunch rakan kerja lain ada mengunakannya point guna bilik tu pun sebab nak main game beramai sja. Waktu tu game online Mobile Legend memang dihantui hampir semua orang termasuklah rakan rakan kerja saya ni tadi.

So saya pun layan lah saya punya cerita ne tadi sambil makan. Habis makan saya sambung lagi tengok cerita misteri jenazah tadi ne. Bila masuk part best cerita tu tiba tiba saya terdengar bunyi benda jatuh. Agak kuat jugak lah macam bunyi staple besar jatuh berdekatan tempat saya duduk. Saya pun pause lah cerita saya tadi tu dan bangun tengok apa benda yang jatuh tu. Saya pergi round dekat kaunter lain termasuk dua kaunter yang berasingan. Tapi takde juga benda yang jatuh. Saya sampai masuk dalam. So saya sambung balik lah tengok cerita says tadi sampai habis sehingga waktu lunch habis walau dalam hati rasa tak sedap. So bila waktu kerja dah mula saya tanyalah dekat rakan kerja saya tadi ne kalau dia ada dengar bunyi benda jatuh ke apa atau mereka sengaja buat bunyi masa main game tadi. Dia hanya bagi muka keliru dekat aku dan cakap yang mereka cuma duduk dekst sofa dan main game. Bila dia tanya aku balik aku cuma jawap takde apa sebab aku tak nak dia fikir yang bukan bukan pula.

Memang mungkin pada sesetengah orang cerita ne tak seram dan mungkin juga ada berpendapat bunyi tu memang bunyi staple atau barang yang jatuh sebab aku pun fikir macamtu juga pada awalnya. Tapi yang buat aku tertanya pada waktu tu keadaan sekeliling aku sunyi, even suara kawan kawan kerja aku dalam bilik kaca tu pun tak terlalu besar, kedua nya bunyi tu dekat sangat macam tidak jauh dari tempat aku duduk dan part last yang buat aku hairan kan. Tempat kerja saya tu lantainya beralaskan karpet yang agak tebal sedikit dan biasanya bila ada barang jatuh memang tidak kuat macam tu bunyinya. Tapi semuanya tu hanya Allah yang tahu sebab saya sendiri pun tak berani nak tafsirkan dan terpulang kepada pembaca semua nak tafsir macamana tentang cerita saya ini. Sekian dan jumpa lagi!

Perkongsian daripada Fyzah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ayat Ruqyah

Rumah 99 Pintu