in

Bunyi Apa Tu?

Pada suatu hari, aku tidur di rumah makcik ku(makcik sebelah mama). Pada suatu malam kami satu rumah menonton movie yang kami download yang bertajuk “Ready or Not”. Pada masa tu aku rasa sanggat mengantuk, tapi aku cuba tahan untuk tak rasa mengantuk aku minim cola, makan makanan ringan dan pada masa itu aku dah tak tahan rasa mengantuk.

Jadi aku pergi ke bilik SEORANG DIRI untuk tidur dan beberapa minit selepas aku masuk ke bilik makcik dan anaknya pun nak masuk tidur…Aku dah nak terlelap terbangun kerana makcik ku datang dan bertanya”Kamu dengar tak bunyi tu?” kami menjawab ‘TAK’. Makcik ku kata cuba denar betul-betul. Kami pun dengarlah dan kami dengar bunyi guli dan kerusi yang ditarik pada tingkat atas.

Selepas bunyi itu datang lagi bunyi seorang perempuan yang berketawa sambil minta tolong. Kami pun tengok di tingkap tak ada sesiapa. Jadi kami bertiga aku, makcik dan anaknya tidur sebilik kerana takut. Pada masa tu pukul 10:45, menjelang solat subuh kami bergilir-gilir nak ambil wudhuk dan kami tak solat jemaah sebab telekung tak cukup.

Giliran makcik saya untuk ambil wudhuk saya yang sudah angat takhbir terbatal kerana makcik teriak. Kami bertanya “kenapa makcik?” dia berkata ada wanita cina yang menari sambil menutup sebahagian mukanya dengan kipas tangan. Jadi start hari tu saya bawa kakak saya jika nak tidur di sana.

Perkongsian daripada Firae.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kau Nampak Apa Aq Nampak X?

Jalan Bukit Fraser