in

Budak Misteri

Saya budak sekolah yang berumur 11 tahun. Tahun lepas saya di kelas darjah 4 iaitu 10 tahun. Saya ketika itu nak pergi ke tandas selepas tu saya rasa ada orang ikut saya. Waktu tu habis kelas Fardhu Ain, lepas saya rasa ada orang ikut saya, saya pandang belakang tapi tidak ada orang. Saya pun lihat jam. Ia menunjukkan pukul 5:36. Selepas itu, saya membuang hajat. Seperti orang biasa ketika membuang hajat saya bernyanyi. Lagu itu ada perkataan “Hey!Hey!” tak lama terdengar bunyi sayu-sayu suara “heyyyy,heyyyy” Selepas tu saya rasa itu mungkin kawan saya. Tak lama selepas itu saya dengar pula suara tadi tapi makin dekat, saya pun merasa gelisah. Selepas itu suara itu makin dekat seperti dibelakang saya. Saya pun menoleh ke belakang tapi tidak ada orang pun. Selepas itu saya siap melepaskan hajat saya pun keluar dari tandas saya melihat satu sosok di cermin yang sedang senyum kepada saya. Selepas itu saya berlari keluar dari tandas, alangkah terkejutnya saya. Saya melihat kelibat tadi menghilang. Saya masih tidak tahu lagi sosok yang itu adalah siapa?

Saya harap budak yang sekarang sudah merumur 10 tahun tidak mengalami pengalaman seperti saya.

Perkongsian Daripada Naqib Rayyan.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Belakang

Cik Ponti Rendang