in

Berseorangan

Seperti biasa aku ke studio berseorangan. Lepas je solat maghrib,aku bersiap-siap ke studio. Bilik aku dah macam hotel hanya tempat tidur sahaja. Mana taknya, siang ke kelas, malam pula ke studio siapkan artwork atau pun lepak. Aku duduk berseorangan d bilik tiada roomate. Aku pun tak faham kenapa mesty aku je yang duduk dalam bilik tu. Hello, memang aku ni jenis tak bergaul hmphh.. Masa first day aku duduk bilik tu, pada malam tu ade beberapa kejadian yg terjadi yang menguji tahap ketakutan aku. Pada siang hari semasa daftar kolej, aku d maklumkan yang level atas bilik aku di kosongkan atas sebab sebab tertentu. So, aku macam okay jelakan. Pappp, bila tiba waktu tengah tengah malam. Time tengah mamai plus tersedar d sebabkan bising. Aku dengar macam orang mengemas dari level atas. Tarik kerusi, almari bagai, kuat kot. Aku tak pikir apelah, terus bisik dekat hati “tarik kerusi nak belajar kut”. Tapi bila aku tengok jam dekat phone. Pukul 2 kott????.Kalau study pun, mestilah sekali dua kali seret kerusi. Ini di seretnya kerusi dari hujung tingkap hingga hujung pintu. Lama pula tu bunyi seret tu. Aku memula nak marah, tapi bila pikir di ingatkan balik level atas kosong. Terkedu gaklah time tu, aku pun ape lagi baru nak devided sambung tidur. Aku tetiba terdengar bunyi suara mengeluh. Aku pun macam tahan jelah perasaan takut tu. Memula aku dgr sekali je. Nak sedapkan hati aku pun cakaplah dengan diri aku “kau salah dengar kut ni, tak de apelah”. Tapi bila kali kedua ketiga bunyi mengeluh “HAISHHHH”, suara yg sama. Memang taklah aku nak positifkan mind. Pastu aku tedengar bunyi tapak kaki berlari dekat court bawah kolej, aku pun jengahlah. Tengok2 takde orang. Beb, time tu aku memang pasrah giler punya. Dahlah duduk sorang, lepastu nak mintk tlg jiran. Tapi time tu level bilik belum penuh dengan jiran lagi. Korang rasa?.

Lepas tu keesokkan pagiinya, aku naik level atas. Level tu pun aku tengok ,bole meremang gaklah sebab malap je and kosong .Aku tengoklah bilik yg bebetul atas bilik aku. Tup tup, bilik tu bukannya ade kerusi pun. Aku pun tutup balik pintu bilik tersebut plus terus balik bilik sndiri.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kerasukan

Intai