in

Berani Betul Sendiri

Berani Betul Sendiri Sendiri

Hi semua orang panggil aku Gab, singkatan untuk Gabriel. Aku ni memang jenis yang suka bersendiri, jalan sendiri, makan sendiri, shopping sendiri, tengok wayang sendiri. Kalau nak cakap aku ni Forever Alone, tak juga, ramai sebenarnya kawan kawan aku, nak cakap aku ni pendiam tak juga, rasanya peramah juga aku ni. Tapi aku lebih suka bersendiri entah kenapa aku rasa tenang kalau aku sendiri, mungkin memang aku macam tu, mungkin itu personality aku yang buat aku…..aku….

Dipendekkan cerita, ada satu malam tu aku teringin pula keluar tengok wayang late night movie. Cerita seram, tgh hype konon sekarang. Jadi aku pun tak mahu terlepas tengok cerita tu, kena kena lagi genre2 ni seram memang genre kegemaran aku. Tunggu kisah kupi kupi seram setiap malam memang bejanggutlah tunggu kejap ada kejap tiada macam chipsmore. *clear throat*

Aku besiap, request grab, pegi mall, beli tiket dan masuk ke dalam panggung. Mall tempat aku tengok wayang nib oleh kata dah hampir tutup, kedai kedai pun banyak kosong, orang Cuma pergi ke sini sebab panggung wayang ni. Masa aku ke sana memang taka da orang langsung.

Tapi aku teruskan ke panggung wayang yang terletak di tingkat ke 3 tu, sebab aku tau panggung wayang tu masih buka. Wayang tu pula start pukul 11:15 malam, tapi aku sengaja lambat sebab aku tau kalau aku datang awal pun kena paksa tengok iklan juga. Iklan ada juga dalam 20 minit. Kadang kadang aku hairan lah orang2 yang tengok wayang ni bayar untuk tengok iklan juga ka? Rasa diperbodohkan pun ada juga setiap kali aku pegi tengok wayang ni. Maaf, teremosi sikit…berbalik kepada kisah pengalaman aku tu….

Aku pun datang ke pintu masuk panggung dalam pukul 11:30 macam tu, hairan juga aku taka da orang di kaunter orang semak tiket, taka da orang yang cek tiket aku, tak apalah kata aku dalam hati aku masuk ja lagipun aku takut apa aku ada tiket…pertama kali juga aku tengok wayang di sini jadi aku tak kenal pintu pintu dia ni, tak apalah ikut gerak hati ja kata aku, melangkah aku satu persatu melintasi pintu pintu bilik panggung, sampailah aku di bilik hujung sekali. Bilik tu agak terpencil dan boleh kata tersembunyi jika dibandingkan dengan bilik bilik yang lain, di pintu bilik tertulis nombor E3 aku cek tiket, tengok betul2 tiket tu yalah sebab aku ni rabun dekat, eh betul lah ni kata aku dalam hati, aku buka pintu dan masuk. Tengok tengok dalam taka da orang lagi tapi screen macam biasalah tengah main iklan.

Aku cari tempat duduk aku di barisan kelima dari atas di bahagian tengah, aku duduk di sana sambil tunggu iklan iklan tu berhenti. Tengok kanan taka da orang, tengok kiri taka da orang, takut? Aku tak fikir sangat masa tu, aku tau cerita ni hype confirm jap lagi ramai orang kata aku dalam hati.

10 minit berlalu, aku perasan ada dua kapel ni masuk, diorang naik ke barisan atas sekali di belakang aku. Tak Nampak sangat raut wajah diorang ni sebab gelap kan. Wayang pun bermula, 10 minit lepas tu aku terdengar bunyi yang kuat sangat dari belakang aku macam bunyi barang jatuh. Aku toleh ke belakang dan aku rasa pelik sebab dua kapel yang duduk di barisan belakang tadi sekarang duduk di barisan kedua. Aku tak kisah sangat sebab mungkin aku salah tengok tadi.

15 minit lagi berlalu, aku terdengar bunyi yang sama, aku tengok ke belakang dan ini yang buat aku betul betul bingung, bila kali ni dua pasangan tadi di barisan ketiga, aku cuba tengok muka diorang tapi aku tak Nampak apa kena2 kena lagi aku ni rabun dekat. Aku palingkan muka aku ke depan dan tengok kanan kiri memang taka da orang, memang Cuma aku dan dua pasangan ni dalam panggung.

Masa ni aku dah tak focus dengan wayang yang tengah main di depan aku tu, macam macam di otak aku, siapa diorang ni? Kenapa pula diorang ni pindah pindah dan mana orang lain? Bayangkan aku punya panik sampai peluh mengalir dari dahi aku.

Sekarang Cuma satu barisan memisahkan kami, entah kenapa aku rasa kalau aku toleh ke belakang diorang ada betul betul di belakang aku. Badan aku kaku masa tu, mahu saja aku berlari keluar dari panggung tapi entah seluruh tubuh badan aku keras, mungkin sebab takut sangat. Jahanam…kata aku dalam hati…sudahlah tengok cerita seram, orang belakang ni pula pelik2….

Sehinggalah aku terdengar sebuah lagi bunyi juga datang dari belakang aku, aku tahu kali ni diorang memang betul2 berada di belakang aku…aku cuba toleh perlahan lahan dan tengok…eh pasangan tu hilang….pegi mana…

Aku toleh semula ke depan alangkah terkejutnya aku, bila ada Lembaga hitam yang duduk betul2 di depan aku, badannya menghadap screen wayang, tapi kepala dia melihat aku…..aku ulang sekali lagi, badan dia menghadap screen…sementara kepala dia berputar 180 darjah melihat aku….itu bukan manusia, wajahnya hitam dengan mata yang putih berambut Panjang….lepastu aku terdengar bisikan dari belakang….

“Berani juga sendiri sendiri”

Aku dengar ja bisikan tu aku bangun dan keluar dari situ, alangkah terkejutnya aku seluruh Kawasan gelap gelita, taka da orang langsung…aku berlari keluar dari panggung wayang dengan jantung yang berdegup gila….aku keluar dari mall request grab dan pulang ke rumah….

Dalam perjalanan balik aku diam jak, muka aku pucat gila aku rasa pemandu grab tu perasan aku takut sangat. Dia tanya aku dari mana aku diam. Aku tau di ani nak friendly2 dengan aku tapi maaf aku taka da mood…sampai ke Kawasan perumahan aku, aku turun dari kereta dan bayar tambang…sebelum dia berlalu pergi dia sempat cakap

“Selamat malam kamu…”

Sekali lagi badan aku kaku, kamu? Kenapa dia cakap kamu padahal aku seorang ja….tiba2 ada sesuatu yang berbisik di telinga aku “Berani juga sendiri sendiri”

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Gadis Bunian?

Kisah Kolej Lama Di Sebuah Bilik Rosak