in

Beralih Alam

Kisah ini berlaku baru sahaja semasa PKP pertama Malaysia pada 18/3/20, hari kejadian adalah pada 19/3/20 dan saya adalah salah seorang pelajar Sabah yang tidak balik ke kampung halaman pada masa itu dan saya masih tinggal bersama kawan serumah saya yang kami sewa.

Pada waktu hari kejadian itu seperti yang diumumkan waktu kedai beroperasi adalah tidak lebih dari pukul 6.00pm kalau saya tidak silap dan pada malam itu saya berseorangan keluar rumah untuk mencari ketenangan kerana rumah sewa kami terlalu riuh malam itu, pada waktu itu pukul 1.00am saya keluar rumah dan pergi ke sebuah kedai yang telah tutup dan dihadapan kedai tersebut ada yg dinamai Metro yang agak terkenal di kalangan penduduk di sekitar Taman Universiti iaitu kawasan tempat saya dan kawan saya tinggal menyewa, saya pergi ke hadapan kedai tersebut kerana terdapat potongan kayu yang telah dijadikan sebagai tempat duduk untuk para pelanggan sementara menunggu orang yang membeli di dalam kerana terlalu sesak pada musim PKP. Pada malam itu saya duduk di potongan kayu tersebut dan membuat beberapa panggilan untuk bertanyakan khabar mereka saya lupa kepada siapa saya membuat panggilan tersebut tetapi semasa saya bercakap dalam talian saya sedar bahawa keadaan di sekitar saya terlalu sunyi dan agak gelap hanya berbekalkan cahaya dari lampu hadapan kedai, lampu jalan dan lampu telipon saya.

Sedang saya berbual dalam telipon saya tersedar bahawa suasana agak berubah sedikit menjadi lebih kearah sejuk maklumlah pukul 1.00am, tetapi saya tidak hiraukan situasi tersebut dan tetap fokus dengan panggilan saya, dalam 10 minit saya bercakap tiba-tiba mata saya tertarik untuk melihat seekor anjing hitam yang sedang menyeberangi sebuah jalan raya betul-betul dihadapan saya dengan lampu jalan itu saya melihat anjing itu melintas dengan normal seperti anjing lainnya kerana jalan raya tersebut juga kosong dengan trafik pada masa itu maklumlah terdapat sekatan jalan dilakukan oleh pihak berkuasa di sempadan antara Hulu Selangor-Tanjong Malim pada malam itu, tidak beberapa lama saya melihat anjing itu melintas saya kemudian terpaku dengan mata yang bulat dan perbualan saya terhenti dan bulu roma saya semua naik kerana semasa anjing tersebut melintas secara normal ingin ke seberang jalan yang terdapat sebuah hutan ketika hampir ke penghujung jalan anjing tersebut membuat saya bertanya adakah itu anjing atau makluk apa kerana anjing itu yang asalnya merangka seperti anjing normal tiba-tiba berdiri dan bejalan dengan 2 kaki belakangnya kejadian tersebut saya lihat dengan sangat jelas disebabkan lampu jalan yang terang, setelah 2-3 langkah anjing itu berjalan berdiri dia hilang memasuki hutan itu meninggalkan saya yang tidak sengaja terlihat kejadian tersebut, kemudian saya mematikan telipon dan pulang ke rumah dengan berjalan secara pantas.

Kisah ini hanya beberapa orang yang saya ceritakan dan kisah ini adalah kisah yang benar dan berlaku pada diri saya sendiri. Percaya atau tidak saya hanya ingin berkongsi. Semasa saya menceritakan kisah ini saya masih teringatkan kejadian tersebut yang tidak sengaja terlihat makluk yang sedang beralih alam.

Perkongsian Daripada Veyn.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelibat Lembaga Perempuan Tua

Jengukan Maghrib