in

Benda Terbang

Seperti pada malam minggu sebelumnya, aku akan mengikuti latihan silat gayong bersama seorang lagi sahabatku ini , namanya Wan , beliau ni memang gagah , tapi cukup penakut , kalau dia ternampak lipas tengah terbang ke arah dia , jangan kata aku , segala hape yang ada di hadapannya akan di-rempuh , macam truck kontena yang tak terkawal , oke back to the top, kebetulan pada malam itu , latihan kitorang habis lewat , dalam 12:40 a.m mcm tu , jadi pas habis semua jurus dengan buah kunci kitorang belajar, kitorang pun balik lah.

(Kejadian)

Kitorang akan berjalan kaki sejauh 100 m sebelum kitorang berpecah arah , kerana rumah aku menghala ke atas bukit , jadi laluan aku lebih kepada kawasan perumahan , memang riuh , jadi aku takde lah seram sangat kan , walaupun jam sudah hampir pukul 1 pagi. Manakala member ku ini rumahnye menghala ke kekampungan sikit , jadi laluannya macam umah-umah kampung lah , dan biasa , umah-umah kampung kan cepat ” tutup pintu” kalau malam ni. Sedang aku syok-syok berjalan sambil menyanyi-nyanyi , tiba mata aku tertangkap satu objek berwarna putih , terbang menghala ke langit , aku punya takut , tak payah cakaplah masa tu , macam nak terkencing terberak pun ada . Aku cuma memerhatikan sahaja pergerakkan objek itu ke arah langit dan menghilang , susuk objek tu persis macam manusia , walau pun dalam gelap , mata aku tetap tajam . Tetapi yang tak besh nyew , kordinat di mana aku mula-mula nampak objek tu terbang, ialah menghala ke rumah Iwan ni, ape lagi , aku terus lah call Iwan , call punye call… WAAARRGGHHH!!! sial ko Wan , tak de caller ringtone lain ke ko nak letak , suara pompuan menjerit yang kau letak .. akhirnya dia pun menjawab lah..terus aku tnye , ” Wan , ko kat mana ? dah sampai rumah belum??” dengan suara yang terketar2 , dia mejawab , ” Faris , tolong aku Faris , tolong akuuu” . Meremang bulu tengkuk aku bila dengar dia cakap mcm tu.

Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke arah rumah wan , dengan melalui jalan yang Iwan biasa gunakan untuk pulang ke rumah nya . lebih kurang 25 meter nak sampai ke rumah dia , aku ternampak macam susuk tubuh manusia terbaring di atas tanah , “Hah .. Iwan!” .. getus hati aku , terus aku menghampiri dia . dan mengejutkan kan dia .. tapi tiada sebarang jawapan , terus aku papah dia sampai ke ruamah dia , ibu iwan menyambut kedatangan aku dengan muka yang bimbang ” Ya Allah , anak aku! ” , terus aku meletakkan Iwan ke ataas sofa nya , aku pun duduk seketika , last2 , dengan aku sekali terlelap atas sofa tu sebab letih yang amat2 . Tup-tup aku tersedar apabila ibu ku menelefon ku , ” oit , bila ko nak balik nih ? dah pukul berapa nih??!” .. segera aku matikan fon dan lihat ke jam telefon , wah ..sudah hampir 15minit aku tidur , aku melirik mata ke tempat yang aku letakkan Iwan tadi , eh?!! dah tiada , mana lak dia pergi nih … terus sahaj aku bangun dari sofa dan menuju ke tempat aku meletakkan beg aku tadi ( info : beg aku bawak untuk isi air masak dan pakaian , tadi aku letak kat situ sebelum aku tertido) . Baru sahaja aku nak capai beg aku , tiba ada orang bersuara dari belakang , ” Eh!! macam mana kamu masuk ke dalam rumah ni??” … rupa2nya mak si Iwan yang bersuara , “Eh , makcik lah yang buka kan pintu tadi , kan saya bawak Iwan tadi “.. balasku . “Bawak Iwan ape nye Faris , Iwan dah lama balik tadi , elok je dia , jap mak cik panggil kan Iwan” .. lalu Iwan pun datang dengan muka mengantuk nya, selepas disoal ibunya , “aik , mana ade , Faris , bila masa lak aku pengsan , elok je tadi aku sampai rumah ” .. ahhh sudah , aku pun tak puas hati , keluarkan telefon dari poket ku kerna ingin menunjukkan bukti bahwa aku ada telefon dia tadi , tapi….. tiada. Hanya Nombor ibu ku je yang muncul .. alamak , habis siapa yang aku papah tadi , siapa yang buka kan pintu untuk aku bawak Iwan masuk tadi …..Sampai ke hari ini , masih lagi tak terjawab segala misteri tu semua , aku percaya ni sume berpunca dari benda alah putih terbang yang aku nampak tu lah.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Warning Dream

Biji Mata Celah Siling