in

Bayangan Hitam

Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas di rumah kakak aku, seperti biasa bila time offday, boring duduk seorang dekat bilik sewa. So aku akan balik ke rumah kakak aku yang memakan masa selama setengah jam perjalanan ke rumahnya. Kakak ku mempunyai 3 orang anak lelaki. Pada masa tu adik perempuan ku yang bongsu menjaga anak buah ku sementara kakak ku kerja. Maklumlah gaji suami saja mana cukup. Apabila waktu malam, orang terakhir yang tidur adalah adik ku. Biasa lah budak baru nak meningkat remaja tak pernah lekang fon dari tangan, boleh dikatakan setiap masa. Tengah makan tengok fon, mandi pun bawak nfon.sampai pukul 3 hingga 4 pagi dia boleh tidak menggantuk sebab main fon. Sedangkan orang lain dah berdengkur time time tu. Dah berkali-kali nasihatkan dia pun macam tu juga. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Pada suatu malam tu kami semua tidur di ruang tamu kecuali kakak dan abang ipar ku. Itu pun sebab kipas dalam bilik rosak Terpaksalah kongsi kipas yang ada kat ruang tamu. Sedang orang lain tidur, adik ku masih lagi dengan fonnya duduk di meja dapur dalam gelap. Suasana rumah gelap hanya mengharapkan cahaya suram dari lampu bilik mandi di bahagian belakang dapur. Jam menunjukkan pkul 11.00 malam. Sudah ke berapa kali aku panggil adik ku untuk tidur, jawapannya masih sama saja “Bila lagi awak nak tidur ni? Dari tadi aku panggil asyik sekejap sekejap dari tadi. Kalau dah selalu tak cukup tidur, nanti sakit sapa susah?” kata ku dengan nada yang perlahan. Takut mengejutkan anak-anak buah ku yang tengah nyenyak tidur “Ok kejap lagi nak tidurlah ni” jawabnya dari dapur. Malam tu aku tak dapat tidur, pusing kanan pusing kiri. Aku tidur di bahagian kedua tepi, yang paling tepi adalah adik ku. Dalam kegelapan aku nampak bayang-bayang adik ku berjalan dari dapur. ‘Huhhh jenuh aku panggil baru sekarang baru kau nak tidur’ kata ku dalam hati. Dia baring seperti biasa di sebelahku, aku membelakangkannya tanda protes. Baru hendak terlelap tiba-tiba aku teringat “Awak dah tutup semua suiz kat dapur ke? jangan membazir.” kataku separuh berbisik, tiada jawapan. ‘Amboi, baru baring takkan terus tidur kot fikirku.’ Lagipun jam macam ni dia masih belum tidur, biasanya aku masih menanti jawapan. Aku memusingkan badanku lantas tanganku ingin menyentuhnya dengan niat untuk menggeraknya menanyakan hal yang sama. Alangkah terkejutnya aku! Tiada siapa pun yang berada disebelahku. Aku memanggil lagi adik ku, jam sudah menunjukkan 11:00 malam, “Tadi aku panggil kau suruh tidur. Kau memang masih kat situ ke atau kau pergi ke dapur balik ni.” kata ku dengar nada marah. Dalam masa yang sama aku inginkan kepastian “Mana ada. Aku masih kat sini tak berganjak dari tadi, kenapa?” Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaanku saat itu. “Habis tu tadi sapa yang baring sebelah aku?” Aku jenis yang agak berani lantas dalam masa yang sama aku terus bagitahu adik ku “Kalau bukan kau siapa yang baring sebelah aku tadi?” tegasku. Adik ku berlari dari dapur ke arah ku di ruang tamu. Anjing kedengaran menyalak dihalaman rumah. Suasananya agak berbeza dari hari-hari yang sebelumnya. Bulu tengkuk ku meremang. Buat masa tu aku tak perlukan kipas, tubuhku terasa seram sejuk. Aku berdoa dalam hati minta mintalah ‘dia’ tidak datang lagi. Aku dan adik tertidur dalam ketakutan dengan lampu yang tidak ditutup sehingga pagi. Keesokannya, aku menceritakan segala apa yang berlaku malam tu kepada kakak dan abang iparku namun mereka hanya diam “Tak ada apalah.” kata kakakku seolah-olah tidak percaya. Sampai sekarang mereka masih tinggal di situ. Apa yang menjadi persoalan, siapakah gerangan bayangan hitam yang mirip adikku itu?

Perkongsian Daripada Queen.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suara Ikut Menyanyi

Seseorang Tekan Lonceng Tapi Siapa?