in

Bas Seram

Ada satu hari tu, semua orang dalam perjalanan balik ke asrama lepas perhimpunan pada sebelah malam. Lepas tu, ada beberapa nama pelatih lelaki dipanggil, dan kena tunggu kat dalam dewan sebab masalah disiplin, dan kena lecture la, apa lagi. Tak lama lepas tu, barulah dorang dipanggil balik ke asrama dorang dan tiba-tiba…

Ada sebuah bas yang diparkir berdekatan dengan pintu masuk utama tapak perkhemahan, dan ramai yang masuk dalam bas tu. Dorang nampak orang yang naik dalam bas tu semuanya berpakaian seragam lengkap, dan terlampau senyap. Dorang rasa sangat pelik, tapi malas nak tahu lebih lanjut sebab dah lewat malam, dan dorang semua pun dah mengantuk, Jadinya, esok tu bila dorang teringat, barulah diorang tanya jurulatih pasal apa yang dorang nampak semalam.

Muka dorang terus pucat bila jurulatih kata, takde sesiapa pun yang dibenarkan meninggalkan perkhemahan pada waktu malam, terutamanya tanpa izin. Tambahan pulak, jurulatih tu kata yang mana ada bas sampai atau keluar malam tadi, lagipun nak bawa orang ke mana dengan pakaian macam tu pada masa macam tu?

Agak-agaknyalah, ada benda ni tak dalam bas?
Walaupun bukan semua orang nampak, tak bermaksud benda tu tak wujud

Kita tak boleh kata apa yang dorang tengok ni cumalah khayalan dorang. Sebab dalam kitab Al-Quran sendiri pun tak menafikan kewujudan makhluk dalam dunia lain, dan boleh menyerupai seseorang atau sesuatu.

Jadi kalau korang kat ‘tempat keras’ ke, jangan la celupar sebab makhluk halus ni memang pantang dicabar. Tak percaya, tengok je la cerita hantu mana-mana pun, semua orang acah berani sebelum kena sampuk.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bangunan Yang Berhantu

Kisah Penjual Kuih