in

Barang Datuk Aku

Kisah ini adalah yang diceritakan oleh cousinku dan aku juga terasa. Kisah ini berlaku pada tahun 2019, aku dan seluruh ahli keluarga aku pulang ke kampung di Tambunan. Aku pun tak tahu lah kenapa mahu balik macam tiba-tiba pula. Lepastu keesokan harinya bermulalah kisah ini terjadi, datukku ni ada simpan barang seperti parang yang panjang, tajau yang mempunyai ukiran yang menarik bagi aku pastu datanglah team pendoa gereja Katolik Kristian dari Kota Kinabalu ke Tambunan pastu aku macam pelik pula aku pun tak tahu diorang nak buat apa di sini. Oh, mesti mahu buat doa Rosari, bukan rupanya mahu buat doa pengusiran daripada barang datuk aku. Aku pun terkejut, punya main banyak barangnya. Sebelum kami mulakan pendoa itu pun diam sebentar dan dia rasa ada lagi barang yang tertinggal dia berkata (ada tiga lagi barang di bawah rumah) uncle ku pun turun ambil dan betul apa yang pendoa itu cakap. Pastu dia berikan kami ceramah tentang barang tersebut. Pastu kami pun mulakanlah doa kami pendoa tu, semua ada 12 orang kalau tak silap aku 2 orang pendoa dan uncle ku jalan mengelilingi rumah kampung kami. Aku cakap dalam hati ku (aduhai lama betul dorang apa lah dorang bikin tu di bawah?) Sebenarnya diorang ni tengah buat satu pagar dengan baca doa sambil menyiram (Holy Water) dikeliling rumah tapi lama betul. Disinilah bermula aku terasa sangat panas dan aku pelik kenapa orang lain tidak berpeluh terutamanya abangku yang duduk di sebelah aku. Selepas selesai doa pengusiran tersebut kami pun jemput pendoa tersebut makan bersama. Tahun 2020 aku bertemu lagi dengan abang sepupu ku di rumahya dan kami bercerita tentang perkara tersebut rupa-rupanya banyak yang berlaku semasa doa tersebut. Dia ceritakan semua kepadaku ada dua perkara yang bikin jantung ku tercabut bila dengar, pertama ada sebuah muka yang buruk dan menyeramkan dan dua kaki salah satu daripada pendoa itu terasa macam kena cucuk dengan batang kayu. Aku pun rasa takut bila dengar. Itu adalah kisah daripada aku soryy lah kalau terlalu panjang cerita ku.

Perkongsian Daripada Eishenwar.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Simpang Empat Bukit Sekolah

Penanggal