in

Bangunan Tran Hung Dao

Bangunan yang mempunyai 530 bilik ini siap pada tahun 1960 pernah digelar sebagai Bangunan Presiden.

Bangunan ini dipisahkan menjadi 6 blok dan 13 level. Nombor 13 dikatakan tidak bertuah, malah arkitek yang membinanya juga telah memberi amaran kepada pemiliknya.

Sepanjang pembinaan bangunan 13 level itu, banyak kemalangan melibatkan kematian telah berlaku menyebabkan para pekerja menjadi takut. Sehingga akhirnya memaksa pemilik mencari bomoh untuk membuang nasib malang bangunan tu.

Pemiliknya dikatakan turut membeli 4 mayat anak dara daripada hospital secara rahsia dan menanam mayat mereka di empat penjuru bangunan tersebut atas nasihat bomoh keraba menurut Feng Shui, ianya akan melindungi bangunan tersebut.

Akhirnya setelah bangunan tersebut siap dibina, bangunan tersebut menarik minat tentera US untuk menyewa seluruh bangunan tersebut.

Setelah sekian lama, akhirnya bangunan tersebut didiami oleh penduduk tempatan.

Kisah seram bermula apabila orang ramai mula mendengar bisikan aneh, jeritan, bunyi perarakan angkatan tentera…malah penampakan bayang², bayang² tentera US sedang memimpin tangan gadis muda vietnam berjalan menyebabkan para penduduk menjadi takut dengan bayang² mereka sendiri.

Ada kisah yang lebih seram, diceritakan oleh pemilik gerai kopi dilaluan masuk bangunan tersebut, wanita tua itu mendakwa dia selalu mendapat duit kertas orang mati di dalam bekas duit gerainya. Walaupun dia sentiasa perhatikan setiap pelanggannya dan dari mana wang itu datang, dia tetap gagal.

Pada mulanya wanita tua ini ingat gurauan kanak² tetapi akhirnya dia perasan wang kertas itu cuma muncul waktu malam bulan mengambang penuh di mana ada seorang gadis muda sering datang membeli jus oren.

Dia kemudian diberitahu bahawa beberapa tahun sebelum itu, ada seorang gadis mati bunuh diri di dalam bangunan tersebut dikatakan akibat penderaan seksual. Gadis tersebut mengambil nyawanya sendiri pada malam bulan mengambang penuh.

Akhirnya, bangunan tersebut semakin usang, suram dan menakutkan, ramai penduduk memutuskan untuk berpindah dari bangunan tersebut sehingga hanya tinggal beberapa keluarga sahaja yang masih tetap tinggal di situ.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Elisa Day

The Screaming Tunnel